I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 26, 2010

Kembara Mahkota Johor @ Kluang!!

Lambaian mesra Sultan Johor

Beribu rakyat jelata membanjiri Stesen Keretapi Kluang


Orang ramai masih setia menunggu KMJ


Salam...
Sebelum ini Kembara Mahkota Johor (KMJ) akan menjelajah & berkembara menggunakan motorsikal berkuasa besar ataupun menjelajah pulau menaiki bot. Tapi berlainan bagi edisi 2010, KMJ pada kali ini menggunakan pengangkutan keretapi. KMJ dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu akan bermula dari Stesen JB Sentral sehingga ke Stesen Gemas, Segamat.
Maka pada petang tadi, selepas menjalankan tugas sebagai pemerhati pilihanraya Mesyuarat Agung Koperasi Daerah Kluang, aku terus ke Kembara Mahkota Johor di Stesen Kluang. Lebih kurang pukul 3.30 petang semakin ramai rakyat jelata yang menunggu kehadiran Tuanku Sultan bersama-sama keluarga baginda.
Baginda bersalaman dengan rakyat jelata sehingga ke Jalan Station a.k.a Little India, di bawah terik panas matahari tidak menjadi penghalang Baginda Sultan berjalan sejauh 300meter ke arah kedai2 yang didirikan di Jalan Station tersebut. Agenda seterusnya, baginda telah berangkat ke Dataran Tasik Kluang untuk menghadiri J-Robik dan Pameran Orkid dan Bonzai. Baginda Sultanah telah berkenan untuk mengunjungi pameran tersebut dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.
.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerabat di-Raja Johor ini sememangnya mesra rakyat. Aku sebagai rakyat Johor sememangnya amat teruja dengan keberangkatan baginda Tuanku yang berkenan hadir ke Kluang.

Daulat Tuanku!!!!

4 comments:

solehaothman said...

maafkn anakanda krn tidak dapat ikot bersama....he3

ariffredzuan said...

sol perasan!!! hak3

Anonymous said...

ish..mne der perasan...btul la...huk3

rEDS gO tEGETHER said...

Mesti best..eh dulu Sultann Johor dan ankanda Tuanku..sudi berkenan berangkat ke uitm segamat..kan..huhu..
Tak dinafikan memng Tuanku berjiwa rakyat..:)yeah...Daulat Tuanku..

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!