I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 30, 2010

Kem Pemantapan Fasilitator :: Sg.Chiling

Salam

Entry kali ni pasal Kem Pemantapan Fasilitator
Bertempat di Sg.Chiling, Kuala Kubu Bharu
Kem ni selama tiga hari dari 24-26.9 yg lepas~

terbaek ~ enjoy ~ happening ~

tengok je lah gambar2 kat bawah okey!
(thanx kpd empunya pic)

esok pulak kemuncak program Fasilitator Muda!
kami akan ke Kuala Kangsar~
tunggu entry seterusnya..






Tuesday, September 28, 2010

tengah marah ni!


saLam~

tak jadi nak marah balik~ hehehe sebab hati aku suruh aku bersabar~

'terima kaseh wahai hati'

p/s : jumpa sy di audi utama upsi esok : utk tayangan film estet! KAT UPSI ADE ESTET! ngehhhhhhh3!

Thursday, September 23, 2010

Ya Allah! permudahkanlah segala urusan hambamu ini..

tenangkan hati hambaMu ini

ukhwah yang terbina,
terpisah demi kasihnya,
menjadi memori indah kita semua~

Monday, September 20, 2010

Ini zaman aku! Amacam? Sempoi? haha!!

apa macam Bro?? KRU steady cooL!

fanatik..fanatik...fanatik ~

fanatiknya duniaku ~

(KRU mmg terbaek ar!)


ingat lagi kumpulan ni?

tak ingat? haha ~

inilah kumpulan Nico!

mengapa kamu,

mengapa jadi begituuuu ~

INILAH NASEB KU!

(baru ingat ea? hahaha.. sempoiiiiii)

kumpulan ni muke jambuuuu~

hahahahahaha~

ingat lagi dengan A To Z??

ayammmm~ bermacam ayammm~

(ops! silap, itu jalil hamid)

tapi ni A To Z!

itik gembo-gembo~

jalan kedek-kedek!

huahuahua~

(al-fatihah utk arwah Fendi,yg kanan skali tu)


yang ni pulak kenal??

4u2c!

yeahhhhh~

tapi dalam ramai2, AC Mizal je yang top kan!

adakah sebab dia paling tinggi??

oh no..no..no..

sebab dia ada cita2 tinggi..

merubah impian menjadi realiti! cewaahh!!

Sunday, September 19, 2010

Bakar! Bakar! Bakar!

Salamm~

aku bukan nak cerita pasal abu BAKAR atan!
mahupun maktab sultan abu BAKAR!
mahupun BURN era.fm!

tapi bakar! bakar! bakar!
ish....ish....ish....

sejak-sejak ni asyik dengar cerita pasal bakar je!
sirap! menyirap! akhirnya jiwa aku pon makin terBAKAR!
kat bawah ni aku sertakan BAKAR tersebut!
uishhhh!! ape nak jadi dengan dunia sekarang ni?? hurmm!

ISU 1 : Pembunuhan Datuk Sosilawati & 3 yang lain
(mereka dibunuh! mereka di BAKAR!)


ISU 2 : Rakyat Indonesia membakar bendera
(Jalur Gemilang di BAKAR!)


ISU 3 : Rumah ibadat seperti surau dan gereja
( sape yang berani BAKAR rumah ibadat, nauzubillah!)

ISU 4 : yang ni paling hati gua terBAKAR!
( AL-QURAN di BAKAR!)

konklusinya, jangan BAKAR-BAKAR!
bakar mercun pon kalau boleh jangan!
pop-pop xpe~ heheheh~

Salam Ukhwah!
Salam 1 Malaysia!

Al-Fatihah untuk arwah M.Rajoli

JASADNYA sudah tiada untuk menadah doa memohon keampunan,
yang tinggal hanyalah doa-doa keluarga, kenalan dan peminat yang mengiringinya ke alam barzakh.

MOHD. Rajoli meninggalkan kita tepat pukul 10.45 malam,
hari Jumaat lalu diiringi dengan rahmat dan syahdunya bulan Syawal.

Teringat juga akan kasih sayang yang ditonjolkan mereka dalam iklan kopi. Hanya tinggal kenangan baris perkataan, "Kuatlah pulok," diucapkan sebelum melompat naik ke atas motosikal berkuasa besar kegemarannya.

Pada usia 65 tahun, Mohd. Rajoli pergi. Rahmat Syawal mengiringinya, begitu juga doa-doa kita.

p/s: sumber dari Kosmo Online

Friday, September 17, 2010

Magika :: 23 September 2010 (mesti tengok!)

Salammmm~

aku tak sabar nak tengok cerita Magika!
sebab ape? sebab ianya KRU Studios!
hahahaha~
harap2 best giler!
(support our local film!)

Filem Magika mengisahkan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. Di suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam “Magika’.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di “Magika’ membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah ‘Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari ‘Magika”? Apa akan terjadi kepada Badang? Nenek Kebayan dan watak-watak lain di ‘Magika”.? Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

“Magika” merupakan filem ke 5 terbitan KRU Studios yang berkonsepkan muzikal di bawah arahan Edry Abdul Halim .

Karya sulung Edry ini menampilkan barisan-barisan pelakon dan artis terkemuka tanahair seperti Mawi, Diana Danielle, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil, Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

p/s : pasti layannnnn!!! arep kene tengok!

Terbaeklah! Resident Evil: Afterlife


Salammm~

Semalam, khames : 16 september, aku dengan member aku, Ejad pergi bandar, then usha2 tengok wayang cerita Resident Evil:Afterlife ni haaa~ waaaaaa! memang terbaek la beb, kejam gila, ada masyukkkk aksi gaduh2 diorang buat!

Eiuwww! geli! terkejut! menyampah! gembira! rakus! semua cukup laaaa~
so sesiapa yang belum tengok muvi ni, boleh layan laaa~ hehehe~

u/p :: Big Cinema, Kluang Mall :: Khames, 16 September : 3.45 PM


saya mahu poOoLang ke Tanjong Malim!

(maaf : gambar xde kena-mengena)

saLammm~

habes sudah cuti Hari Raya selama 2 minggu! hehe
maka dengan ini beta ingin mengisytiharkan keberangkatan beta
pada hari esok : sabtu : 18 September : 8 pagi : Satria Express

maka selepas setibanya beta ke bumi bertuah Tanjong Malim itu,
maka bermulalah segala 'bebanan' sebagai seorang pelajar
menSiapkan segala assignment! test! presentation!
~yehaaaaaaaaa!~

segala program iaitu dengan Karisma UPSI! denga Fasilitator Muda lagi!
~yehaaaaaaaaa!~

best! best! best!

Tuesday, September 7, 2010

Salam Aidilfitri


Salammm~

haa! asyik semua orang nak buat ucapan raya! aku pon nak jugak!
hehehehehe~

ok2, dikesempatan ini aku nak ucapkan salam aidilfitri buat semua muslimin & muslimat. mukminin dan mukminat samada yang masih hidup mahupon yang telah meninggalkan malaysia. tak lupa kepda semua kaum kerabat keluarga, sanak saudara, kawan2 dan semua yang mengenali diri ini..

amponkan salah silap, andai ada terkasar bahasa & tersilap kata samada disengaja mahupon tak sengaja. ikhlas ni wei aku mintak mahap! hehehe~ kalau ada tergurau lebih2 tu biasalah kan, tapi jangan ambil hati okeyhhh~ hehehe~

family:
hj razali
hjh zaharah
rafeza
rafika
rasyida
tok yem
family sbelah ibu
family sbelah ayah
kampong istana member!

member2 upsi:
naz,man,aini,anis,ada
amin,samsul,wawan,daeie
kz & kab member
kuO & kHar member

blog member:
anizan
cassem doter
violet reyra
fieza jamari

dan sesiapa yang mngenali diri ini!


Thursday, September 2, 2010

Ianya baru bermuLa~

nazrul:aini:anis:ada:arep ade dua keping! hehe
(yeahhhh! kami berLima : berLima kadang2 best!)

bersama mr.musang malam! haha (tahniah SuL!)

Salam, rentetan daripada majlis di atas, tahniah buat semua sahabat2 seperjuangan yang berjaya mendapat sijil senarai dekan. dengan harapan agar terus berjuang bersama2. berkongsi ilmu. pesanan pakcik arep, jangan cepat leka, perjalanan masih jauh. buatlah yang terbaik untuk diri sendiri.

Buat budak2 mengong berempat kat gambar atas tu, jangan banyak main je k! ingat pakcik pesan, berpoya2 jugak, study jangan lupa! hehe~ sem 1 dulu jeles pakcik sorang je yang dapat kan? alhamdulillah sem 2 kita berLima sama2 dapat kan.. hope semester akan datang kita dapat sama2 lagi okeyhhh~ aminnnnnn~

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!