I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, September 17, 2010

Magika :: 23 September 2010 (mesti tengok!)

Salammmm~

aku tak sabar nak tengok cerita Magika!
sebab ape? sebab ianya KRU Studios!
hahahaha~
harap2 best giler!
(support our local film!)

Filem Magika mengisahkan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. Di suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika.

Namun, nasib tidak menyebelahinya. Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam “Magika’.

Penjelajahan Ayu mencari Malik di “Magika’ membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan . Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah ‘Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka.

Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari ‘Magika”? Apa akan terjadi kepada Badang? Nenek Kebayan dan watak-watak lain di ‘Magika”.? Bagaimana Malik dapat mengatasi dilema tentang kematian ibunya?

“Magika” merupakan filem ke 5 terbitan KRU Studios yang berkonsepkan muzikal di bawah arahan Edry Abdul Halim .

Karya sulung Edry ini menampilkan barisan-barisan pelakon dan artis terkemuka tanahair seperti Mawi, Diana Danielle, Fimie Don, Ziana Zain, Ning Baizura, Maya Karin, M.Nasir, Aznil Haji Nawawi, Raja Azura, KRU, Dato Jalaluddin Hassan, Fauziah Ahmad Daud, Sharifah Amani, Sharifah Aleya, Adibah Noor, Saiful Apek, Senario, Vanidah Imran, Nabil, Norman Hakim, Zaibo, Marsha dan ramai lagi.

p/s : pasti layannnnn!!! arep kene tengok!

No comments:

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!