Pencerobohan dan pengeboman berterusan keatas Lubnan telah mengorbankan banyak jiwa yang tidak berdosa. Kanak-kanak menjadi mangsa, wanita dan orang-orang tua terkorban. Hilang tempat berteduh, menanti maut. Dunia seumpama hilang arah dalam mencari penyelesaian. Tunjuk perasaan dan demonstrasi tidak bermakna. Israel rakus membunuh dan Amerika pekakkan telinga, malah menghantar bantuan ketenteraan dan teknikal untuk membunuh rakyat Lubnan di tanah air mereka sendiri
Assalamualaikum! Muslimin dan muslimat, banyak lagi yang kita perlu ambil tahu. Ini mungkin hanya sekelumit maklumat yang harus kita terokai dan mengambil iktibar mengenainya.
BERTINDAK SEKARANG!!!
Kekejaman rejim Israel terus memperlakukan umat Islam dengan sedemikian kejam terus mengundang kemarahan penduduk Islam seluruh dunia. Kejadian di Beirut merupakan satu rentetan peristiwa yang dilhat sebagai normal oleh kuasa barat khususnya Amerika. Kelaknatan Israel membedil bumi Islam seolah mendapat pengiktirafan dan lampu hijau oleh Amerika dan sekutunya. Masyarakat Islam hanya mampu melihat dan mengasihi kekejaman kelompok warga iblis ini membunuh dan menindas umat Islam sesuka hati mereka tanpa sebarang ihsan dan belas kasihan. Mereka dibunuh, dibedil, ditindas dan ditembak umpama tiada nilai harga nyawa umat Islam bagi mereka. DAN kita dan seluruh penduduk Islam dibumi bertuah ini dan disegenap pelosok dunia hanya mampu menyuarakan kemarahan dan kekecewaan. ADA yang bertindak lebih ektreme mengadakan persidangan demi persidangan, ADA yang menganjurkan demonstrasi demi demontrasi malahan ADA yang menangisi penderitaan saudara seIslam dan terus mengalirkan air mata.
Syabas kepada anda semua atas keprihatinan terhadap kesengsaraan saudara kita.Tetapi kita lupa walauapapun yang dilakukan oleh kita tidak dapat mengembalikan nyawa dan tidak akan dapat menghentikan kemusnahan dan kezaliman berterusan oleh syaitan syaitan ini. Mereka mendapat sokongan dan lampu hijau untuk meneruskan keganasan serta kekejaman dan negara negara Islam hanya mampu menjadi pemerhati atau pembentang resolusi yang telah diketahui bagaimana kesudahannya. Tanpa tindakan. Umpama harimau yang tiada taringnya itulah definasi kekuatan umat Islam di zaman globalisasi dan penjajahan secara terang terangan ini.Tetapi jangan kita lupa kuasa kita untuk mengubah dunia !!!Bangunlah masyarakat pengguna Islam dan gunakan kuasa kepenggunaan anda untuk membuktikan yang kita tidak rela saudara kita diperlakukan sedemikian..Kita mampu melakukannya sebaigamana jatuhnya Empayar British di Zaman Ghandhi di India dengan bermodalkan kuasa kepenggunaan dan kita harus bermula sekarang.
Ayuh kita BOIKOT produk Yahudi dan tunjukkan kepada dunia apa yang mampu kita laksanakan. Wahai saudara seIslamku mulai dari hari ini kami berikrar Tiada Coca Cola dan Tiada Colgate dalam genggamanku. Boikot Coke dan Boikot Colgate serta pastikan mereka merasa kesan maksimum akibat kedurjannaan sekutu mereka. Pastikan wang titik peluh kudrat kita kurniaan Allah yang maha Esa tidak akan dinikmati walau sesen pun oleh mereka. Biar sekutu Yahudi ini tahu yang kita bukanlah umat yang lemah dan hidup kita bertunjangkan prinsip yang jitu.
ALLAHHUAKHBAR ! ALLAHHUAKHBAR ! ALLAHHUAKBAR !
:: www.muslimconsumer.org ::
insyaALLAH.. sama2lah kita menyelusuri kekejaman ISRAEL yang LAKNAT ni!! ~redz
No comments:
Post a Comment