Saturday, June 21, 2008
akhirnya aku eksiden jua di segamat ini..huhu
Thursday, June 19, 2008
sememangnya kena ANTi-iSRAEL!!
Pencerobohan dan pengeboman berterusan keatas Lubnan telah mengorbankan banyak jiwa yang tidak berdosa. Kanak-kanak menjadi mangsa, wanita dan orang-orang tua terkorban. Hilang tempat berteduh, menanti maut. Dunia seumpama hilang arah dalam mencari penyelesaian. Tunjuk perasaan dan demonstrasi tidak bermakna. Israel rakus membunuh dan Amerika pekakkan telinga, malah menghantar bantuan ketenteraan dan teknikal untuk membunuh rakyat Lubnan di tanah air mereka sendiri
Assalamualaikum! Muslimin dan muslimat, banyak lagi yang kita perlu ambil tahu. Ini mungkin hanya sekelumit maklumat yang harus kita terokai dan mengambil iktibar mengenainya.
BERTINDAK SEKARANG!!!
SePi....26june08
Tuesday, June 17, 2008
seindah hiasan adalah WANITA SOLEHAH
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?
- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.
ALLAH MAHA BESAR.. segala puji bagi ALLAH, tuhan pentadbir seluruh alam..
Dari firman Allah dalam surah Az-Zumar ayat 62 yang berbunyi:
“Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya, padahal bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan kanan-Nya. Maha suci Allah dan Maha tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan (7)”
Imam ibnu Katsir’ dalam kitab tafsirnya menjelaskan bahawa:
Ayat ini berkenaan dengan sifat Allah kita mengimani bahawa bumi itu benar-benar digenggam dengan Tangan Allah sebagaimana yang tertulis dalam ayat tersebut dan langit itu benar-benar digulung dengan Tangan Kanan-Nya.Dan Allah menggulung langit seperti menggulung lembaran kertas sebagaimana termaktub dalam surat Al-Anbiyaa ayat 104 yang berbunyi : iaitu pada hari Kami gulung langit sebagaimana menggulung lembaran-lembaran kertas�
Kemudian beliau melanjutkan dengan ayat berikutnya:
Allah Ta'ala berfirman , Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya� maksudnya, orang-orang musyrik tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenarnya ketika mereka menyembah Allah, mereka menyembah pula kepada yang lain-Nya . Padahal Allah adalah Maha besar yang tidak ada yang lebih besar daripada-Nya. Yang Maha kuasa atas segala sesuatu. Yang memiliki segala sesuatu. Semuanya berada dibawah ketentuan dan kekuasaan-Nya. Ibnu Abbas berkata, �Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya� mereka adalah orang-orang kafir yang tidak beriman kepada qudrat Allah atas mereka.Maka barangsiapa yang beriman bahwa Allah itu Maha kuasa terhadap segala sesuatu, dia telah mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenarnya.Dan, barangsiapa yang tidak beriman terhadap hal itu sesungguhnya dia tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang sebenarnya.(tafsir Ibnu Katsir 4/129-130)Monday, June 16, 2008
badminton oOOo badminton
selepas hujan..
Sunday, June 15, 2008
bibit-bibit intersesi 08
salammm
ok2,tahniah wat diri aku sendirik karena berjaye mengadakan blog ini.. ahakz.. weiii2, nak tau tak, nex sem aku pindah umah baru, kat kmpung lubok batu.. b4 ni aku dok kat tmn mida segamat.. so mengurangkan kesesakan kat umah ni aku n nazrul wat keputusan utk berhijrah.. hehe.. so dr siang tadi aku dah siap pindahkan barang2 dr tmn mida ke kmpung lubok batu.. haha.. back to basic, dgn suasane kmpung yg aku alami nanti.. xsabo nak mendengar ayam bkokok awal pagi.. haha.. umah tu ok gak la, selesa utk aku berdua dgn nazrul duduk.. errmm, nex sem dah sem 3, doakan semoge aku btambah maju k... ~redz