I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 8, 2011

Hukum ASB haram?

Assalamualaikum WBT.

Salam Ramadhan. Hari ini dah 9 hari kita dibulan ramadhan.
Alhamdulillah!

OK! Entry kali ini aku nak share serba sedikit maklumat tentang Pelaburan ASB/ASN oleh PNB. Pelbagai permasalahan, khilaf para ulamak antara Majlis Fatwa Negeri mahupun dari Majlis Fatwa Kebangsaan itu sendiri. Jom kita sama-sama perolehi maklumat mana-mana maklumat yang bermaklumat ini. hehehe...

Klik untuk besarkan!
Surat di atas merupakan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 12 Mei 2011 menjelaskan, pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali 2/2011 yang bersidang pada 12hb. April 2011 telah besetuju memutuskan bahawa pelaburan ASB dan ASN serta yang seumpanya adalah HARAM dengan alasan tertentu.


Itu bagi fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor. Bagaimana pula dengan Majlis Fatwa Kebangsaan pula?


Berita Harian [16 Jun 2011]

Majlis Fatwa Kebangsaan tetap berpendirian hukum melabur dalam ASB dan ASN termasuk dividen dan bonusnya adalah harus sekali gus berpegang pada keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Malaysia ke-80 diadakan pada 2008.

Pendirian itu hasil pemantauan dan laporan daripada panel syariah yang dilantik PNB yang dianggotai lima tokoh agama. Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof Emiritus Tan Sri Dr Abd Shukor Hussin berkata laporan 6 bulan sekali itu diperoleh sejak 2 tahun lalu sebaik panel syariah dilantik untuk memantau operasi dan aktiviti perniagaan PNB.

Katanya, hasil laporan itu menunjukkan komitmen PNB ke aras menjadikan urus niaga dan aktiviti pelabuaran mereka berlandaskan syariah sepenuhnya. Di samping itu, katanya laporan panel syariah juga menunjukan pelaburan PNB tidak membabitkan urusniaga pelaburan yang diharamkan dalam islam termasuk arak dan judi.

"Hukum melabur dalam ASB dan ASN dibincangkan sejak 2008 dan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan diambil kira melalui penjelasan PNB, melihat dari sudut maslahat atau kepentingan umat islam dan masyarakat umum serta apa yang dihadapi PNB dalam pelaburan.

"Selepas mempertimbangkan perkara ini, kita minta PNB melantik panel syariah dan hasil laporan dikemukakan 6 bulan sekali, kita bersetuju hukumnya HARUS melabur dalam ASb dan ASN, " katanya.


PANDANGAN : USTAZ NOR AMIN SAYANI BIN ZAINAL

Bagi sesiapa yang berpegang kepada pendapat yang menyatakan harus, maka tidak mengapalah sebab ini masalah perbahasan atau masalah khilaf para ulamak. Bagi saya ASB atau mana-mana saham PNB belum lagi memiliki pengesahan halal, kerana mereka belum lagi mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Selangor, Majlis Fatwa Pulau Pinang dan Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Saham Malaysia. Hujah saya lagi pihak Sekuriti Shariah adalah badan yang lebih bertanggungjawab untuk mengkaji dan memastikan status kehalalan saham sesebuah syarikat di Malaysia ini. Perkara ini adalah merupakan perkara yang ragu-ragu status halal dan haramnya. Maka lebih baik dielakkan dari menyertai saham ini. Kerana dikuatiri saham tersebut termasuk dalam haram.

Menurut Ustaz Zaharuddin, beliau menyatakan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan ASB adalah disebabkan ramainya umat Islam Negara ini menyertainya dan banyak pelaburan yang dilaburkan ke ASB. Ini atas maslahat umum, iaitu dikuatiri terjadinya masalah, pertikaian dan kecelaruan, maka pihak Majlis Fatwa Kebangsaan menyatakan statusnya adalah harus, tetapi harus bukan disebabkan pelaburannya tetapi disebabkan ramai orang Islam menyertainya.

Nasihat saya kepada semua, sekarang ini banyak pelaburan seperti ASB yang diakui sah di sisi Shariat oleh Pihak sekuriti Shariah Saham Malaysia atau penal shariah bank-bank yang mempunyai sahamnya tersendiri seperti bank Islam, Public Bank Islamic, Tabung Haji dan sebagainya. Malah saya lihat dividen yang diberikan adalah lebih tinggi berbanding ASB. Contohnya
Amanah Saham Bank Islam Berhad (ASBI) mengumumkan dividen tahunannya pada setiap tahun lebih dari 10% dari modal pelaburan, berbandingkan dividen yang diberikan oleh ASB kurang dari 10% pada setiap tahun.

Lebih baik anda menyertai saham-saham Islam yang diakui sah dan halal, kita yang menyertai tidak ragu-ragu akan status halalnya dan ulamak Malaysia bersepakat mengiktiraf saham-saham Islam tersebut.

--------------------------------------------------------------------------

OK! Sebenarnya aku pon dah terjebak dengan ASB ni, dah masuk 2 tahun aku buat potongan. Setiap bulan aku potong RM175.00. Buat loan dari Maybank Islamic Bank sebanyak RM30,000 selama 25 tahun. Means masa umur aku 48 tahun baru lah boleh keluarkan RM30,000 tu. Cumanya pada bulan Januari setiap awal tahun kita hanya boleh keluarkan dividennya sahaja.

Sebagai contoh:

RM 30,000 x 8.75%(contoh dividen 2010)
= RM2625.00

* Maka awal tahun tu aku boleh keluarkan RM2625.00 tu je.
* RM2625.00 dibahagikan dengan 12 bulan = RM 218.75
* Simpanan sebulan RM175.00 - RM 218.75 = RM 43.75

Aku anggap simpanan aku dalam ASB hanya sebagai tabungan untuk masa depan.

RM 175.00 x 25 tahun (300 bulan)
= RM 52500.00

Jumlah itu yang aku akan bayar selama 25 tahun!

Konklusinya, kita menabung, menyimpan duit tujuan untuk masa hadapan. Nawaitu kita hanya Allah SWT yang tahu. Bagi mereka yang was-was, dan bersependapat dengan Majlis Fatwa Selangor yang mengatakan ASB itu HARAM, teruskanlah, terpulang. Tapi aku pon dah dengar beberapa pendapat sebelum loan ASB ni, banyak pihak aku tanya, termasuk statement dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan hukumnya HARUS.

Bagi aku, bab halal dan haram ni memang penting!

Bukan hanya makanan! Tetapi dari segi kewangan! Pendidikan! Pemakaian! Perbuatan! Percakapan! Semua berkaitan, wajib dijaga! I'm MUSLIM!

Sebelum buat keputusan itu, dengarlah pendapat dan pandangan golongan berilmu, beragama yang boleh kita jadikan rujukan. Jangan main dengar pendapat sesetengah pihak sahaja.

Akhir kalam, sebelum aku akhiri perkongsian ilmu ni, bagi mereka yang masih mencari pelaburan yang sesuai yang halal dan islamik, sebagai alternatif ASB bolehlah cuba-cuba tengok Amanah Saham Bank Islam! hehehe...



7 comments:

Anonymous said...

kalau di campur tolak sebenarnya Encik juga mendapat pulangan yg sangat-sangat tinggi -

*dalam pengetahuan saya - PNB mengishtiharkan peratusan dividen tidak kurang dari 7%(purata) termasuk bonus*

DIVIDEN;
RM30000 x 7% = RM2100 P.A.
RM2100 x 25 tahun = RM52500

#SIJIL ASB;
RM30000

PEMBIAYAAN;
RM175 x 25 tahun (300 bulan)
=RM52500

UNTUNG;
#RM30000

-itu belum dicampur tolak pada peratusan dividen sebenar/duit dividen tidak di bawa keluar/ simpanan sendiri untuk ASB
-----------------------------------

Tajuk Utama sebenarnya;
pada Pandangan saya sebagai seorang hamba ALLAH yg taat setia padaNYA,seorang umat Nabi Muhammad S.A.W. yg masih lagi cetek ilmunya didada,apa lah kiranya jika sebarang fatwa yg hendak di usulkan dan di hebahkan mendapat persefahaman dan persetujuan sesama ahli majlis fatwa tidak kira di peringkat kebangsaan mahupun negeri, agar kita sebagai seorang Muslim & Mukmin tidak terpesong dari landasan AgamaNYA, agar semua umat manusia yg ada di dunia ini tidak2 teragak-agak dalam memilih Agama yg sebenarnya.. Waallahu'alam

Anonymous said...

Hukum melabur dalam ASB mengikut pandangan Dr. Zaharuddin, Dr. Asri dan Ustaz Azhar Idrus disini:

http://anonymooze.wordpress.com/2014/01/09/hukum-pelaburan-amanah-saham-bumiputera-asb/

Anonymous said...

Salam Saudara,
Apa pula pendapat saudara tentang gaji..para kakitangan kerajaan yg sumber nya termasuk cukai arak dan judi. Kalau belum dibuat saya syorkan supaya cukai arak, judi dan lain2 yg haram dipisahkan dan tidak digunakan untuk bayar gaji kakitangan org Islam.

Anonymous said...

Terbaca satu blog yg kupas pasal hukum melabur ASB. Byk info.

http://asbclub4u.blogspot.com/2014/12/hukum-pelaburan-asnasb.html

Jas Elegant said...
This comment has been removed by the author.
Jas Elegant said...

Terima kasih atas perkongsian to blog owner. Saya adalah Unit Trust Consultant (UTC) - agen unit trust investment untuk Public Mutual & lokasi utama dalam tugas adalah kawasan Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor & Penang.
.
Minimum permulaan RM1000 sahaja. Boleh melabur dari akaun KWSP (berdasarkan kelayakan). Cash investment pun boleh & ada pilihan untuk ambil pelan tambahan bulanan serendah RM100 per month sahaja. Dana Islamic 100% juga ada (Approved Syariah Compliance Funds). Pelaburan untuk jangka masa panjang sahaja above 5 years. Keuntungan sekitar min 9%-15% per year.
.
Bagi sesiapa yang berminat melabur dalam Unit Trust, boleh lah juga hubungi saya melalui mobile atau email. Jika hanya ingin mengemukakan soalan, anda juga dialu-alukan. Terima kasih.
.
Jas
Unit Trust Consultant / Perunding Unit Amanah
Co: Public Mutual Berhad (wholly-owned subsidiary of Public Bank Berhad)
T: +6017-7055 381
E: jas.elegant@gmail.com
W: www.facebook.com/investment.unittrust
.
" Why not try, let's say 10 years investment period & gain minimum 9% profit per year? Reports on fund past performance available just to show the ability of the fund. Feel free to request for one ! "

Anonymous said...

hukum loan ASB takde khilaf..semua bersetuju membuat loan ASB adalah HARAM sebab ia melibatkan riba..yang dikatakan HARUS oleh Majlis Fatwa Kebangsaan adalah pelaburan ASB..ada beza antara buat loan ASB & pelaburan ASB..

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!