I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 8, 2011

Paranormal : Ops! Hantu Tingkat 9?

Assalamualaikum!

Ini bukan cerita seram!

Ini bukan cerita hantu!

Ini hanya sebuah cerita!

Yelaa! Tapi cerita apa?

Ini adalah cerita Leha, Siti dan Tingkat 9!!

hahahahaha

hahahahaha

Gambar Hiasan!

Assalamualaikum!

Siti : Leha, malam tadi kenape kau tidur atas lantai?

Leha: Eh? Malam tadi aku tidur bilik sebelah, bilik Ema laa...

Siti : Kau jangan nak bergurau. Tolonglah serius sikit..

Leha: Betullah.. Kau ni kenape Siti? Aku dah cuak ni..

Siti : Malam tadi aku nampak kau tidur atas lantai. Bila aku tegur kau jeling semacam pandang aku! Aku malas nak tegur pastu.. Aku terus sambung tidur. Dalam pukul 3 pagi, masa aku nak ke toilet, aku nampak kau duduk dekat meja depan tengah makan Maggie. Tapi yang peliknya bila aku keluar toilet, aku tengok kau terus dah ade dalam bilik semula, sambung tidur atas lantai! Laju gila kau makan! Padahal aku dalam toilet tak sampai 3minit pon!

Leha: Weiiii! Mana ada aku tidur atas lantai & makan maggie malam tadi! Lepas tu?

Siti : Lepas tu aku sambung tidur. Bangun Subuh terus nampak kau dah tak ada..

-Persoalannya? Siapakah wanita yang Siti nampak itu?-

Leha: Aku ada cerita nak bagitahu kau sebab apa aku tidur bilik Ema malam tadi. Sebenarnya masa Maghrib malam semalam, aku nampak lembaga hitam, baring atas katil kau. Masa tu kau tak balik kolej lagi. Lembaga tu baring, pastu duduk! Baring, pastu duduk! Berulang-kali dia buat macam tu! Aku terus lari masuk bilik Ema. Menggigil satu badan aku. Berjurai-jurai peluh, habis basah baju! Lepas aku solat Maghrib, baru kau balik, masa kau nak masuk bilik tu aku perasan ada lembaga tinggi, ikut kau dari belakang terus masuk bilik! Astargfirullah! Terkejut aku! Aku malas nak tegur kau, aku terus duduk dalam bilik Ema & tidur dengan dia sampai pagi tadi..

Siti : Astargfirullah! Betul ke? Patutlah lepas balik main badminton petang semalam. Badan aku terasa berat je nak masuk rumah. Masuk bilik pula terasa panas semacam! Aku tak tahu sebab ape. Tapi petang semalam, aku memang terasa seram sejuk jugak masa dalam lif. Aku terasa macam ada orang lain dalam lif tu! Nak tahu Leha? Terkejut badak aku bila lif terbukak, tiba-tiba aku berada dekat tingkat 9!

Leha: Haa! Tingkat 9??? Tersalah tekan butang kot!

Siti : Iya! Aku tak tipu! Aku tak silap tekan, aku tekan tingkat 4. Tapi lif naik sampai tingkat 9! Menggigil lutut aku, seram sejuk tengkuk aku, terasa berat je lepas tu! Kau tahu kan tingkat 9 tu kenapa??!!

Leha: Mestilah tahu! Tingkat berhantu tu! Mana ada orang tinggal dekat aras tu! Semua orang tak berani naik sampai tingkat 9! Serammmm~

Siti : Weiii! Dah la, tak nak cerita lagi! Malam nanti kita sama-sama baca yassin dekat bilik. Memang silap aku pon semalam. Time Maghrib masih sibuk main badminton lagi. Lepas azan maghrib, awan dah gelap baru aku nak balik bilik. Sampai bilik bukan nak terus mandi & solat. Aku bukak Facebook dulu. Pukul8 malam baru nak mandi. Ermmm~

Leha: Baguslah! Semoga lepas ni kau kena beringat-ingat sikit. Jadi pengajaran kita bersama!



Cerita tersebut merupakan salah satu cerita daripada pelbagai cerita yang menyelubungi para pelajar yang mendiami kolej kediaman di salah sebuah IPTA di Semenanjung Malaysia.

Jangan nak berani sangat!

Jangan nak takut sangat!

Berdoa pada yang Esa, Allah SWT! Semoga kita sentiasa dilindungi Allah SWT..


8 comments:

hanna illy said...

erk ?!!!

AkuTetapAku said...

erkkk gak....

Cik Gee said...

adushhh... terbace pulak di kala gelap gelita nih... myesallllll... huhu..

••♥shidaradzali♥•• said...

sejak 2 menjak ni ak rse blog ko ni dah ade slot misteri nusantara pulak :)

ariffredzuan said...

hanna : tahu ke tempat ni? hahaha!

arul : erkkk??? segamat ade tempat berhantu x?? hahaha...

gee : gee! haha.. bulan pose xde hantu ea??? kann??? hahaha

shida : haha nusantara ke? hehehe

Cik Gee said...

hantu jin syaitan mmg xde.. (kot) tapiiii... hantu manusia hader... byak gilerrrrr.... hehehehe..

ariffredzuan said...

gee : salah orangnye adalah anda kan? kan3? hehehe

Cik Gee said...

anda juge... hahaha!

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!