I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, August 8, 2011

Hai Hantu! Jangan cakap BESAQ Laa...!!

Assalamualaikum!

Man : Jo, tak takut ke malam-malam bawak motor pergi Kolej Za'ba?

Jo : Nak takut apanya? Naik motor, bukan jalan kaki pon!

Man : Yelaaa... Aku dengar jalan nak ke Kolej Za'ba tu puaka sikit.
Pernah aku dengar cerita ada student kena kacau masa sorang-sorang naik motor lalu kat situ..

Jo : Mesti hantu tu tumpang motor student tu kan? hahahaha!

Man : Amboiii Jo! Gelak besar nampak?

Jo : Dulu masa aku naik motor, lalu depan jirat cina tu, ada amoi cun tahan motor aku!
Aku dah agak, itu mesti hantu cina! Aku selamba ajak naik! Perghhhhh, wangi kot!

Man : Wei! Kau ni biar betul? Mulut jaga sikit! Jangan cakap besar. Nanti kena betul2 baru tahu!

Jo : Betul, aku bawak hantu tu ronda-ronda sampai Tasik Proton! haha..

Man : Nampak bebeno nipunyer! Jangan cakap besar Jo! Kau nak tahu tak, flyover depan kampus baru pon ada cerita seram sejuk jugak. Ada orang nampak perempuan bertenggek atas divider, melambai-lambai tangan kat orang yang lalu lalang waktu malam. Biasanya pukul 12malam ke atas la..

Jo : A`ah aku pernah dengar cerita camtu jugak! Dekat Kolej Za'ba pon same la weii..
Pernah satu malam tu aku nampak ada budak-budak kecil main bola dekat court futsal! Apa kejadahnya kan malam-malam main futsal! Pukul2 pagi tu! Ingat sukaneka ke ape! haha..

Man : Weiiii... Dah la! Seram tengkuk aku ni ha!

Jo : Alahaiii Man.. Takkan takut kot..

Man : Bukan takut, cuma kita ni kena la beringat selalu. Jangan lupa banyak berdoa. Syaitan & iblis memang ditugaskan untuk menyesatkan hamba Allah macam kita ni..

Gambar Hiasan
Haaaa!! Artikel kat bawah aku copy dekat internet! Baca sampai habis tau!
Lepas tu korang tengok la kot-kot ade tempat berhantu yang dinyatakan melibatkan kawasan yang korang diami sekarang.. Lepas ni berjaga-jaga la! hahahaha

Kawasan Yang Dikatakan Berhantu

Awas! 30 lokasi hantu di sekeliling anda!

Demikianlah didedahkan oleh Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham, mengulas mengenai lokasi hantu yang pernah di temuinya. Antara di lokasi utama, di Bandaraya Kuala Lumpur, yang dikenal pasti sebagai sarang lokasi hantu.

Menurut Jamie, lokasi yang disenaraikan, memang mempunyai cerita tersendiri yang terjadi kepada mangsa kejadian.Kekerapan kejadian dikaitkan juga dengan peristiwa semasa terutama menjelang perayaan.

Menurut pihak polis, menjelang perayaan, pihak berkuasa akan menghebahkan kepada orang ramai megenai lokasi-lokasi maut di seluruh negara yang sering mengundang kemalangan jalanraya sebagai tanda peringatan agar pengguna jalan raya berhati-hati.

Namun tidak ramai yang tahu, terdapat juga lokasi-lokasi yang dikenal pasti berhantu diseluruh negara dan hasil soal selidik Perdana dengan beberapa pihak setakat ini terdapat 30 lokasi di Semenanjung Malaysia dan hampir separuh daripada lokasi itu terdapat di Kuala Lumpur.

Bagi mengesahkan lokasi terbabit, Pengkaji Kumpulan Paranormal Scenes Investigator (PSI), Jamie Surina Hisham berkata,memang terdapat banyak tempat berhantu yag pernah mereka jalankan kajian di sekitar Kuala Lumpur.

“Di Bukit Tunku sahaja terdapat empat buah banglo yang kami buat kajian didapati aktif dengan aktiviti paranormal,”katanya.
Katanya, ramai penghuninya terdiri daripada golongan elit, kawasan yang redup dengan pokok-pokok tinggi menjulang, menjadi lokasi menyeramkan setiap kali pemandu kereta menempuh jalan tersebut.

Sementara itu, Ketua Kumpulan PSI yang dikenali sebagai ‘Uncle Seekers’ berkata kumpulannya pernah membuat lebih 16 kali kajian di Highland Tower yang terkenal dengan kejadian kondominium runtuh suatu ketika dahulu.

“Dulu kawasan tersebut memang aktif berhantu tetapi sejak akhir-akhir ini,kajian kami mendapati kawasan terbabit sudah tidak aktif lagi,”

Antara lain tempat yang memang aktif berhantu ialah kawasan Jirat Cina Ampang, Jirat Cina Brickfield, Perkuburan Islam Jalan Ampang dan Hospital Lady Templer.

Di senaraikan kawasan-kawasan berhantu di seluruh Semenanjung Malaysia:

1. Kondominium runtuh di Highland Tower, Kuala Lumpur

2. Institut Victoria, Kuala Lumpur

3. Kediaman Elit Bukit Tunku, Kuala Lumpur

4. Jirat Cina Ampang, Kuala Lumpur

5. Jirat Cina Brickfield, Kuala Lumpur

6. Perkuburan Islam Jalan Ampang, Kuala Lumpur

7. Hospital Lady Templer.

8. Kawasan Sekolah Menengah Perempuan Bukit Bintang, Kuala Lumpur

9. Berhampiran Poliklinik Cheras.

10. Jalan Kuala Lumpur ke Genting Highland Resort

11. Pejara Pudu, Kuala Lumpur

12. Sekitar Puchong, Kuala Lumpur

13. Berhampiran Sekolah Kebangsaan Kuala Ampang

14. Kawasan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara, Kuala Kubu
Bharu, Selangor

15. Kawasan Bukit Damansara, Selangor

16. Kellies Castle, Perak

17. Kawasan berhampiran Tambun Inn,Perak

18. Kawasan Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Jambatan Sungai
Perak, Perak

19. Jalan Simpang Masuk dua hala ke Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak

20. Simpang tiga di tengah bandaraya Georgetown berhampiran
Sekolah Tinggi Union, Pulau Pinang.

21. Kawasan Lorong Petani, Alor Star, Kedah

22. Kawasan pejabat Bernama lama berhampiran Pekan Rabu, Alor Star Kedah.

23. Kawasan jambatan berhampiran jambatan Titi Haji Idris, Alor Star, Kedah.

24. Kawasan Kubur Panjang, Pendang.

25. Tobiar, Pendang.

26. Kawasan berbukit di Telok Chempedak, Kuantan Pahang.

27. Kawasan hutan bakau di Kuantan, Pahang

28. Kawasan Kota Lama, Melaka.

Sumber : Mingguan Warta Perdana

5 comments:

Cik Gee said...

naseb xde yg dekat ngan umah gee.. haha..

ariffredzuan said...

confirm ke gee??? terlepas pandang kot. hehehe

Cik Gee said...

eaaaaaa...... ariff mmg sgaje kan.... heeeeeeeeee........

eleh, gee x takut pon..!

ariffredzuan said...

yeke x takot? hehe

tu gee tutup muke kenape??

pentakot! hahaha

Cik Gee said...

tutup muke sebab nak coverline.. darah gemuruh.. haha!

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!