I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 27, 2011

Le Tour De Langkawi di Tanjong Malim!

Salam

tengahari tadi, dalam pukul 12 lebey,
lepas balik dari kelas dekat Proton City aku tengok traffic jam dekat traffic light kuil india. amboiii siap ada helikopter pulak tu berlegar2.. mula tu ingatkan ada accident ke ape, so aku pon cilok my motorsikal, pretttt2 terus sampai depan. tunggu punya tunggu rupa2nya ada lumba basikal daaaaa~ buat suspen je! hahaha so lepak la kat tepi jalan dalam 20 minit camtu...

lepas hajat nak tengok Le Tour De Langkawi 2011, tak tahu pulak mereka akan lalu sini. untung la dapat tengok walaupon Bak Angin Lalu, hahahaha..

Stage 5 (Khamis, 27 Januari 2011)

Mula : Jam 11.00 pagi di Pejabat Daerah Tapah


Laluan yang terlibat :

Tapah - Sungkai - Slim River - Tanjung Malim - Kuala Kubu Bharu

- Ulu Yam - Genting Highland


Tamat : jam 1.43 petang di Theme Park Hotel, Genting Highlands


Selalu melepak dengan mereka ! KUO rangers!

Salamm...

Haaa baru je sekejap tadi balik dari melepak dengan mereka..
Macam biasa, senang je aku nak cari diorang ni,
around 10PM pergi je la dekat kedai Shahira Bahtera, confirm jumpe!
hahahahahaha.......

memang selalu lepak sesame,
sem lepas aku jarang melepak dengan diorang,
sem ni agak kebosanan dok rumah sewa,
tu yang keluar minum2 tuuu...
bukan ape, relax je otak ni bila melepak same2..
huu haa sane, huu haa sini...
usha sane.. usha sini...
gelak sane... gelak sini...

mase makin lame makin berlalu...
diam tak diam dah 2 tahun kat sini...
so guna la kesempatan yang ada dengan kawan2...
nanti dah habis belajar teringat2 pulak...
hahahahhaa....

marilah aku kenalkan mereka yang terlibat!
[ade lagi geng lain, cuma aku letak picture ni sebab picture ni nampak best! kah3]
hahahaha

yang ini Wawan : asal Batu Pahat
yang ni Kuyie : asal Klate
yang ni Samsul : asal Batu Pahat
yang ni Amin : pon Batu Pahat gak
[aku spesifik tempat : rengit]
yang ni orang jauh : Tyqo : Sarawak
amacam??? hensem??
kah kah kah kah

Monday, January 24, 2011

Drama GEMILANG!


Aku takkan ketinggalan akan cerita ni! hahaha

seriusly!!!!!!

bestttttttttttttttttt!

aktiviti isnin!

salamm...

hai semua, aikk macam ade follower yang bace je kann...
hehehe.. actually hari ini agak membosankan jugak lah. sebabnya hari ini takde kelas, kelas Dr Zainal Kling batal. so hari ini penuh dengan aktiviti yang menenangkan iaitu beristeriempat. ops! silap! beristerirehat, hehehe....

ok! pagi tadi agenda dimulakan dengan pergi ke CC untuk menSubmit Quiz Perbandaran, lecturer nya Cik Baiti [orang kampung aku]. then pulang semula ke rumah, baring2 tengok Tv sambil on laptop. mencari inspirasi untuk memulakan tugasan pembangunan lestari pula. hehe yeahhh! semangat betul aku dalam melaksanakan tugasan! hahaha...

ok! petang dalam pukul2 petang, Chu a.k.a Cik Penguin mesej aku, ajak pegi library. ehh, macam tau2 je aku nak lepak library petang tu. haha.. so aku pon temankan dia jugak lah, sebab aku pon memang nak buat assignment jugak, Chu buat assignment pembangunan wilayah, hak3.. tengok muka dia BLuuuur2 nak buat tugasan tu! bongeks la Chu! haha....

ok! so dalam pukul5.30 petang kami decide nak balik rumah. hehe... aku berjaya buat sikit assignment tu [ok lah daripada takde kan, xmacam Chu, blur sokmo sampai abes] haha.. Chu gediks, suruh aku bawak beg dia sampai ke pintu Gymnasium, berat katanye! so aku bawak lah beg dia, dia jalan kaki je [sori Chu, aku xbawak aweks naek motor,haha] alaaaa lagipon mane bley bawak aweks orang kan, hak3.. bukan muhrim! kah3 melanggar akta UPSI jugak! haha...
sampai ke pintu Gym, aku pas beg tu kat dia... haha..

Thanx Chu! aku tahu kaki ko saket! pak sheikh punya pasal! hak3

Mancing a.k.a Mengai time!

Jom cuci mata tengok keindahan tempat ni, haha


Salam

Pagi tadi selepas tak jadi nak pegi kelas memandu, aku terus pergi kolam mancing. yeahhh, mancing beb! haha jauh jugak la nak ke sana, kat Kolam Bisikan Bayu, Kerling. Kolam tu bersebelahan dengan Kolam Air Panas.

Perghhh wa cakap sama lu, wa rasa banyak lagi tempat yang menarik area berdekatan Tanjong Malim yang wa tak jejak lagi. Chantek kot tempat tu, tenang jer!

Actually wa pergi kolam mancing tu sebab temankan Samsul, Pijie & Tyqo. ade pertandingan mancing Open UKLK. sampai sane lebih kurang pukul10. tunggu punya tunggu tak sangkut2. maybe ikan kenyang kot, or maybe ikan puase sunat! haha..

Ok! berkat kesabaran kami, finally pancing Samsul tersangkut! yeahhh! amek ko, terbaek la Samsul. timbang dalam 500g lebey. dapatlah hadiah saguhati! jadi la daripada tak de kannn.. No1 punya ikan dalam 12kg lebey, ooo mak ai lama betul brothe tu nak naekkan ikan tu, ke hulu ke hilir bertarung dengan ikan tu! haha...

Dalam pukul1 lebih dah habes dah. aku pun balik la ke Tanjong Malim semula. Sangat seronok temankan member2 a.k.a anak buah. haha...

Sunday, January 23, 2011

allahuakbar!

salam...

memang adakalanya kita sering keliru...
keliru tentang diri sendiri...
keliru tentang orang lain...
keliru tentang semua...

ya, dunia hari ini cobaannya kuat...
sama ada dari luaran mahupun dalaman...
ya, aku mengerti semuanya...
aku redha akan segalanya...
doa aku untuk kau...
ingin melihat kau bahagia selalu..

kejujuran...
keikhlasan aku...
biar Allah yang mengertikannya...
andai jodoh sudah tiada, aku mengerti...
mungkin ada yang terbaik buat dirimu...
mungkin ada yang terbaik buat diriku...

sama-sama berdoa,
memohon petunjuk dariNya...
cinta hakiki hanya padaMu Ya Allah...
~aminnnnnnnnnn~

::alhamdulillah aku semakin sedar::

Friday, January 21, 2011

astargfirullahhh!

salamm..

apakah betul apa yang aku buat ni..
melupakan ia terus dari pelosok minda aku..
ya, adakala memang teringat akan ia..
namun hati manusia siapa yang mengerti..
adakala berubah dek ombak perasaan hati..

jikalau dahulu tutur bicara kau berlapik..
ini semua tidak akan berlaku..
ya, pasti tidak akan berlaku...
aku manusia biasa...
punya hati dan perasaan...
had kesabaran aku punyai tembok utuh..
ego aku sebagai lelaki adakalanya tercabar..

Ya Allah,
ini semua cubaan bagi diriku..
biarkan ia terus berlalu..
ada sahabatku mengatakan...
''biar hilang kawan, asalkan hati tidak disakiti...''
ya, adakala ianya meresap terus ke hati..
namun aku masih punyai akal yang waras..
tiada niat sedikitpun ingin menyakiti hati kau..

biar.. biar.. biar..
selagi kehormatan berpaksi kepada kebenaran...
kita akan lihat mana yang hak..
dan mana yang batil..
moga tiada sengketa antara kita selepas ini..
tetapi, tiada rasa sayang..
waima ianya sebagai insan biasa sekalipun..
biarkan aku melupakannya buat seketika..
berdiam tidak bermaksud mengalah...



alhamdulillahhh!

salammm

hati aku sangat lapang tika ini...
sangat sangat lapang...
semakin hari semakin melupakan saat hati terluka...

biarlah ia terus berlalu,
umpama bak angin lalu..
biar masa terus pergi..
ya, memang semua kehendak masa...
alhamdulillah, masa sayangkan aku...
kerana masa aku ingatkan dia,
kerana masa aku lupakan dia,
sangat tenang...

biarkan hati aku terus tenang buat seketika..
tiada niat untuk memanipulasikan keadaan..
tiada niat untuk memutar belit fakta...
aku tetap aku..
biar Allah yang memgetahui setiap apa yang berlaku.
mungkin ada hikmah disebalik semua ini,
ya, hikmahnya adakalanya aku mengerti..
mungkin ini yang terbaik untuk diri aku...
untuk semakin matang memikirkan kehendak diri...
bukan untuk aku, tetapi untuk kalian semua...
keluarga, sahabat dan semua!

alhamdulillah!

ukhwah fisabilillah!
silaturrahim aku tetap pelihara,
jangan risau akan ia,
tetapi aku insan biasa..
beri aku peluang untuk berfikir semula...
tiada langsung rasa sayang buat masa ini~


Tuesday, January 4, 2011

TAWARAN BIASISWA PERGURUAN PERSEKUTUAN PROGRAM IJAZAH PERTAMA (PENDIDIKAN) DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM (IPTA)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon-calon di bawah Program Ijazah Pertama (Pendidikan) di IPTA untuk mendapat Biasiswa Perguruan Persekutuan anjuran KPM. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web KPM di alamat URL: http://www.moe.gov.my.
Permohonan ini dibuka mulai 3 Januari 2011 sehingga 30 Januari 2011.

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!