I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, June 26, 2010

Kembara Mahkota Johor @ Kluang!!

Lambaian mesra Sultan Johor

Beribu rakyat jelata membanjiri Stesen Keretapi Kluang


Orang ramai masih setia menunggu KMJ


Salam...
Sebelum ini Kembara Mahkota Johor (KMJ) akan menjelajah & berkembara menggunakan motorsikal berkuasa besar ataupun menjelajah pulau menaiki bot. Tapi berlainan bagi edisi 2010, KMJ pada kali ini menggunakan pengangkutan keretapi. KMJ dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu akan bermula dari Stesen JB Sentral sehingga ke Stesen Gemas, Segamat.
Maka pada petang tadi, selepas menjalankan tugas sebagai pemerhati pilihanraya Mesyuarat Agung Koperasi Daerah Kluang, aku terus ke Kembara Mahkota Johor di Stesen Kluang. Lebih kurang pukul 3.30 petang semakin ramai rakyat jelata yang menunggu kehadiran Tuanku Sultan bersama-sama keluarga baginda.
Baginda bersalaman dengan rakyat jelata sehingga ke Jalan Station a.k.a Little India, di bawah terik panas matahari tidak menjadi penghalang Baginda Sultan berjalan sejauh 300meter ke arah kedai2 yang didirikan di Jalan Station tersebut. Agenda seterusnya, baginda telah berangkat ke Dataran Tasik Kluang untuk menghadiri J-Robik dan Pameran Orkid dan Bonzai. Baginda Sultanah telah berkenan untuk mengunjungi pameran tersebut dan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.
.
Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerabat di-Raja Johor ini sememangnya mesra rakyat. Aku sebagai rakyat Johor sememangnya amat teruja dengan keberangkatan baginda Tuanku yang berkenan hadir ke Kluang.

Daulat Tuanku!!!!

Tuesday, June 22, 2010

Lock 3 keping one dinar Public Gold! alhamdulillah!



salam~

mlm semalam pukul 2.55 a.m aku confirmkan untuk lock 3 keping dinar dengan kak hajar (www.emas-semasa.com). 1dinar yang aku lock equal to rm590. actually petang semalam 1dinar=rm606, so aku besabar tengok market macam mana dulu, lastly tengok harga makin cantik, makin turun. so terus aku lock, time tu jugak! actually aku dimaklumkan harga rm590 tu harga last month punya, so aku rasa ini mungkin masa yang sesuai untuk aku lock harga walaupun kalaulah dari 2 3 tahun lepas aku dah lock! huhu..

tak mengapalah, sebab sekarang baru aku tersedar pelaburan emas ni memanglah yang terbaek!! huhu~ around 30% setahun, sapa yang tak cair kannnn~ actually dalam entry2 terdahulu aku ada menyenaraikan impian aku untuk tahun 2010, maka inilah salah satu impian tersebut. Alhamdulillah~

so petang tadi pergi ambil emas daripada adik kak hajar di kluang, abang rizal! lastly aku berjaya jugak merasa untuk menyimpan emas, tak banyak tapi ini untuk permulaan, insyaAllah ada rezeki nanti nak lock lagi. mudah-mudahan dengan rezeki Allah nanti. kepada kawan-kawan, ini bukan untuk tujuan menunjuk atau ape2, cuma ingin berkongsi ilmu mengenai kepentingan dan kelebihan pelaburan emas ini.. wassalammm~

Thanx Kak Hajar
Thanx Abg Rizal
Thanx Public Gold (www.publicdinar.com)

Alhamdulillah, thanx~

Wednesday, June 9, 2010

jahanam israel...!!!!



salam,

ahad lepas, bertempat di dataran Batu Pahat, telah diadakan perhimpunan bagi membantah kekejaman rejim zionis laknat! maka berhimpunlah orang ramai untuk menyertainya. namun sambutan tidaklah sehebat mana, dan bagi aku mesej tidak berjaya disampaikan kepada orang ramai. perhimpunan yang diadakan bagai melepaskan batuk ditangga.

ya memang dengan hanya berhimpun tidak akan mengubah nasib rakyat di Palestin, namun sebagai rakyat yang mencintai keamanan dan kemakmuran apa salahnya kita menunjukkan inisiatif dan sekaligus mendatangkan semangat untuk memperjuangkan maruah Islam dan keamanan negara.

semoga bumi Palestin kembali aman!
semoga Israel a.k.a israHeLL jahanam!!!

beLon panas di batu pahat~

salam,

entry kali ni tentang sebuah belon panas di dataran batu pahat. haha.. ingat dekat putrajaya saja yang ada. batu pahat pon ada ma (but seBelon je la,itu pon seharu je) hak3.. mungking sesuatu yang jangkal mengenai belon panas tersebut di sini, maka ramai yang mengerumi sekeliling dataran. waaaaa teruja, kalau xsilap aku, ni first time aku tengok belon panas sebesar ni seumur hidup aku kot. hehe..

lebih menyeronokkan pada waktu tu juga ada sepasang pengantin, siap berbaju pengantin plak tu! depa dok ambil gambar mebi untuk kenang2an kot.. tak mau cerita panjang, so tengok la serba sedikit gambar yang ada untuk dikongsi bersama. bye!


arep tengah moOd kerja~

salam~

cuti semester kali ni seperti biasa la, aku kena kerja, kumpul duit untuk diri sendiri. duit simpanan pinjaman tu memang ada lagi sikit dalam bank tu, tapi kena la kerja jugak kan. ok lah, actually income sampingan memang ada, tapi kerja kat kantin Bangunan Persekutuan Kluang ni kiranya untuk mengisi masa lapang sepanjang cuti semeter selama 2 bulan.

memang gaji xbanyak mana pon, gaji dibayar setiap hari,rm30 sehari, 8pagi - 5petang, isnin hingga jumaat. begitulah rutin harian aku selama cuti semester ni. every jumaat aku akan bagi rm150 hasil gaji aku tu kepada ibu aku, bukan ape, aku takut terguna je. lagipon nawaitu nak kerja memang untuk kegunaan masa study nanti.

mula2 masuk kerja aku kena buat air. no hal la!! dah biase pon.. best buat air ni. menguji kecekapan! kah3.. tapi aritu kawan aku yang study kat Unisel, nama Ejad masuk kerja, so dia ganti aku. hehe.. kami berdua kerja sampai akhir bulan 6 ni jer, dia pon dah nak naek semester juga. penat kerja beb! tapi happening, kenal ramai orang2 kat jabatan kerajaan ni, AADK, pendaftaran, imigresen, belia sukan n so on.. semua dah kamceng2 dah. no hal kalau nak deal apa2 lepas ni, huhu..

ok tu je la aku nak story2!! ada gambar Ejad, haha~

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!