I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, January 31, 2010

CITA-CITA 2010 : VOLUME THREE : EMAS?


PUBLIC GOLD

KIJANG EMAS - MAYBANK

SALAMM... impian aku yang ketiga dan mungkin agak pelik bagi sesetengah orang especially pelajar macam kita ni. yaaa, orang tahu emas itu mahal. orang tahu harga emas takkan pernah turun, mungkin ada tapi sekejap je dan ia akan terus naikkkk... ya! terus naik! maka tiada sebarang kerugian sekiranya kita melabur untuk emas!

cepat2, jangan terlambat untuk kalian memulakannya. takde duit nak beli emas yang mahal2, so cuba2lah dengan yang ringan2 dulu, 10gram pon da cukup. beli awal tahun macam ni, awal tahun depan coba hangpa tengok harag emas tu semula, confirm naek! huhu..

berusaha menjadi insan yang?? cemerLanggg..
(renung2kan dan selamat beramaLL...)

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.

“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.

  • Mampu mengawal inflasi.
  • Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  • Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  • Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  • Penyimpan nilai.
  • Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

CITA-CITA 2010 : VOLUME TWO : ASB MAYBANK RM 10k


klik gambar utk lebih jelas

SALAM.. impian seterusnya adalah untuk memiliki bOn rm10,000. ermmm, pertimbangan ini di buat setelah berfikir semasak-masaknya termasuk daripada pihak keluarga.. umur skarang pon 22 tahun, da semakin dewasa, maka simpanan untuk masa hadapan perlu juga difikirkan dari sekarang.

lantaran itu, aku bercadang untuk membuat pinjaman rm10,000 sebagai bon yang akan dibeli di maybank. dengan kadar bayaran sebanyak rm188 sebulan dan kontrak selama 5 tahun, aku rasa masih mampu untuk melunaskannya. dividen+bonus setahun oleh PNB dalam lingkungan 8% setahun, aku rasa ia suatu pelaburan atau simpanan yang bijak bagi diri aku pada waktu ini.

maka setelah habis pembayaran selama 5 tahun tersebut, maka akan ada dalam lingkungan rm15k lebih sket kot dalam akaun tu.. takpe la sikit pon,at least ada juga simpanan aku sebelum aku habis study kat upsi ni. aminnn...

CITA-CITA 2010 : VOLUME ONE : FZ 150 i





salammm..

mahu cerita sedikit tentang impian aaku pada tahun 2010 ni. kira azam jugak la ni. capai atau tidak itu bukan masalah, tapi aku coba nak capai jugak.. hehehe... ada tiga jer impian aku tahun ni selain daripada untuk berlajar bersungguh-sungguh (tu impian biasa bagi seorang yang bergelar pelajar) hehehe..

cuma impian aku kali ni agak berat gak nak dilaksanakan. mungkin kerana faktor persekitaran jugak. ye laa, kawan2 dapat duit pinjaman ptptn mesti happy2, turun KL n shopping2, tapi aku nak try laksanakan 3 impian yang sememangnya memerlukan kesabaran dari segi kewangannya, hehe...

VOLUME ONE~

teruja sangat aku dengan motor ni. rasa2 dapat tak aku memiliki 'awek' ni pada tahun ini??
jom sama2 kita tengok ea nanti~ hehee...

Monday, January 25, 2010

couple trouble?

salamm..

sesape yang tengah berkapel tu, dunwuri dengan tajuk kat atas tuu.. hehe
gimik je tuu.. actually aku nak berdiskusi sikit tentang isu di atas. sememangnya tak dapat dinafikan keberkesan 'kapel' dalam mmbentuk prinsip diri agar terus maju, 'cewahh!!' bukan ape, ada sesetengah orang tu especially dalam kalangan pelajar menjadikan pasangan mereka sebagai inspirasi untuk belajar atau semangat. memang tak salah pon kalo nak berkapel masa belajar2 ni. cuma kita sebagai orang Islam yang berilmu perlu pandai2 la jaga akhlak dan tingkahlaku sepanjang korang berkapel tu.

cuma ikatan yang sah membolehkan anda untuk bermesra lebih2 ya.. hehe
ingat, kita masih ada keluarga yang lebih menyayangi kita. keredhaan dan kepentingan keluarga tetap yang utama ok. jadikan diri kita sentiasa yang terbaik di hati mereka bukan dihati kekasih semata2. cinta mungkin boleh putus, keluarga??

renung2kan dan selamat beramal~
kemsalam kapel maseng2 yer~ hik3

kami warga johor meratapi kemangkatan ALMARHUM TUANKU SULTAN


salammm..

warga johor dikejutkan dengan kemangkatan almarhum sultan johor, SULTAN ISKANDAR..
pada hari jumaat lepas, 22 januari 2010. setiap yang hidup pasti akan merasai mati. sultan yang tegas yang mahukan sesuatu yang terbaek buat rakyat johor.

warga johor DARUL TAKZIM sangat bangga mempunyai sultan berjiwa rakyat seperti almarhum tuanku. semoga roh almarhum tuanku ditempatkan dalam golongan orang yang beriman dan beramal soleh. insyaALLAH..

warga johor akan berkabong selama 7hari. insyaALLAH.. mangkat pada hari jumaat, maka terlepaslah bagi mereka azab kubur. aminnn... insyaALLAH!

TAKBIR!! ALLAHUAKBAR~~

SALAM TAKZIM : ariff.redzuan

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!