dengan nama ALLAH yang maha pengasih lagi maha penyayang
Raja Muda Perak bersama pensyarah
Team Koir (aku dua dari kiri,hehe)
(ehhh,kak dada pon ada? hehe)
selepas entry dibawah yang menceritakan tentang kebiadapan segelintir umat melayu yang membelakangi institusi DiRaja Perak, kali ini pula aku nak berkongsi serba sedikit pengalaman aku bersama baginda sewaktu majlis perasmian kolej aku.
Inilah dia Raja Muda yang aku kenali, mesra rakyat sungguh. tak lekang dek senyuman manisnya. sangat peramah dan sporting bersama para pelajar.Bila nak mintak amik gambar, tuanku akan berhenti dekat situ juga. walaupun panas terik, tuanku tetap bersama semua pelajar. Tuanku sangat menitikberatkan soal pendidikan, malah saling menegur dan menasihati kami warga pelajar.
Walaupun aku bukan rakyat perak, namun aku percaya kerabat dibawah duli Tuanku Sultan merupakan institusi DiRaja yang amat disanjungi, disayangi dan dihormati semua rakyat jelata khususnya di perak.
Semoga Tuanku senantiasa dirahmati Allah s.w.t dan menjadi tunjang dan kedaulatan bagi bumi Perak Darul Ridzuan.
No comments:
Post a Comment