I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 9, 2009

arif,kau amek kos ape??

SARJANA MUDA PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN

salamm,soalan diatas senang dijawab, tapi agak malas aku nak terangkan.. hehe.. sebab signifikan sungguh nak explain kat kawan2..

arep, ko amek kos bahasa melayu ea..??
arep,kos ape tu? xpernah dengar ponn...
arep,ko belajar ape kat kos tue..??

(tu antara soalan yg fofular ditanya. nak explain panjang sangat la kawan,huhu.. so aku post je la kat sini ok..hehe)

Nama Kursus: Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Kod: AT58

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah. Pengajian Malaysia merupakan satu program pengajian multi dan interdisiplin yang dirancang untuk melahirkan graduan yang mengetahui serta memahami isu-isu Malaysia secara mendalam. Pengajian Malaysia merupakan satu pakej pengajian yang lengkap merangkumi pengetahuan sejarah, geografi, masyarakat, ekonomi, sosio-budaya, politik, sistem perundangan dan pentadbiran. Bakal graduan dilatih untuk peka terhadap dasar-dasar negara dan isu-isu semasa kenegaraan.

8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sains dan Aliran Sastera)


Kerangka Kursus Pengajian

Kursus Universiti


  • KURSUS
  • Pembangunan Sahsiah
  • Kenegaraan
  • English for Communication 1
  • English for Communication 2
  • Wacana Akademik Bahasa Melayu
  • Kokurikulum
  • Pengayaan Diri

Kursus Profesional Pendidikan


  • Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar
  • Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar
  • Pengurusan Pembelajaran
  • Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1
  • Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2
  • Seminar Refleksi Latihan Mengajar
  • Penduduk dan Kependudukan
  • Perbandaran di Malaysia
  • Pembangunan Wilayah
  • Pembangunan Lestari
  • Pembentukan dan Pembinaan Negara Bangsa
  • Perkembangan Aliran Pemikiran Politik di Malaysia
  • Agama dan Masyarakat
  • Budaya dan Warisan Nasional
  • Hak Asasi dan Masyarakat
  • Sistem Undang-undang Malaysia
  • Perlembagaan Malaysia
  • Integrasi dan Perpaduan Nasional
  • Dasar-dasar Negara
  • Politik dan Kerajaan
  • Hubungan Antarabangsa Malaysia
  • Pengguna dan Kepenggunaan
  • Pemodenan dan Perubahan Teknologi
  • Masyarakat Malaysia
  • Kajian Gender di Malaysia
  • Kaedah Kuantitatif
  • Teori Pengajian Malaysia
  • Kaedah Penyelidikan Sains Sosial
  • Isu-Isu Serantau dan Antarabangsa
  • Projek Tahun Akhir

Membeli Syiling Kijang Emas

Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?

Pada 9/6/2008 saya ada membeli syiling Kijang Emas ini (1Oz). Jadi saya ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda boleh membeli wang syiling Kijang Emas ini.


Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?



Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. utk bacaan lanjut, lihat di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emas

Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)



Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?



1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.


p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.


Kelebihan Kijang Emas


a) Harga yang statik untuk sehari memudahkan untuk urusan jual dan beli..

b) Banyak cawangan Maybank untuk berurusan..

c) Perbezaan (spread) jual-beli yang rendah dalam sekitar 3%+ sahaja..

b) Platform harga sebelum2 untuk kemudahan rujukan analisa..

c) Dalam lingkungan modal yang agak rendah untuk mendapatkan keuntungan..


Kekurangan Kijang Emas


a) Penjagaan teliti untuk mengelakkan kecacatan fizikal..

b) Stok yang agak terhaddisebabkan permintaan yang agak tinggi kecuali di cawangan yang tertentu seperti HQ menara Maybank..

Diharap ringkasan pelaburan menggunakan kijang emas ini dapat membantu newbie dalam membuat pelaburan dan monitor sendiri..


Gambar: Cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas


Wang Kertas Sudah Tiada Nilai

usd terbakar

Pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka. Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank. Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang,bekas penasihat politik Tun Dr M. Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse, keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930s. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk FUTURE FASTFOWARD.

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince, KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribu pejabat di Dubai dan ada cawangan di Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang ! well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik). Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal money creation oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian, utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC,Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang,ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis! spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc. Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kemudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada
air mengalir berdekatannya)

2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank.

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun di situ. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era haus kerana tidak ada air dan bergelap kerana tiada minyak menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear? Dia jawab, no comment. You kena tanya menteri. Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis renca! na mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. I dont keep money, macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al-Quran dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang MENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

p/s : Artikel diatas saya ambil di forum carigold.com.Saya tidak dapat mengesahkan siapa dan bila artikel ini ditulis tidak dapat saya sahkan , walaubagaimana pun artikel ini boleh dijadikan info yg berguna untuk kita semua.

Friday, November 6, 2009

MPV perodua!! teruja!!


salamm, amacam chantek x mPv perodua ni? waaa chantek seyyy~ aku minat arr, bila mau beli ea??? huhuhu... dengar cita ia akan dilancarkan bln November ni, so kita tunggu je la yerr.. mesti hangat di pasaran ni, kompem Exora proton tu lemau.. hehehe...

Thursday, November 5, 2009

thanx ibu~


salammm, ni yang aku sayang kat ibu aku ni, cikgu hjh zaharah abd rahim.. hehehe.. chantek jam yang ibu bg ni... b4 dis pakai jam yg rm10 jer.. so aku rase jam ni aku akan pakai sampai dah keje nanti ni! inspirasi dari ibu, cewahhh! thanx ibu! muaahh~

sopi yang senget!!! ~ (ingat aku xberani,hehe)

sopi yang senget.. hehe
About sopi malek:

seorg gurl yg normal,but sometimes xn0rmal gak.penuh ngan impian yg tinggi thp langit ,selalu terabai ngn melodi2 awangan..suke kejar angin, pastu dunia putar2 hehe bru sedar pulang ke realiti..musuh ketat test,exam,pop kuiz,kuiz final exm,second exm n kaum kerabat benda alah ni.. bajet kuat + bajet tabah dh sebati ngan jasad.
Favorite Quotations:

aku tahu semuanya tentang semalam,
tapi aku bodoh semuanya tentang esok
studying : UUM

blogspot : www.selamanyasujudpada-mu.blogspot.com
(gerenti leleh punyer~ kah3)

(copy paste from facebook.com)

Monday, November 2, 2009

kenape ni arif?? upload tanda mghargai..



salam, pelikkan nape picture ni camni. hehe agak poyo tak?? haha.. actually aku bkn sbg subjek utame,tapi tie tu subjek utamanya.. chantek?? hehe.. tie besday ni dipakai wat pertama kali pi exam tadi,haha.. tahniah kpd sesiapa yg bagi,sebab aku sukekannye... bkn ape, aku ade sehelai tie jer, tu pon yg uitm punye, so skrang aku dah ade dua laa.. akan berterusan ade dua sekiranya tkde sesiape yg hadiahkan aku lagi, hehe...

p/s: atas permintaan dia,aku uploadkn disini. adiosaa!!

Friday, October 30, 2009

selamat ber'exam!! hehe




salamm,entry kali ni khas untuk sahabat2 seperjuangan yg nak exam nie. gud luck utk anda semua. jom2! exam jom! caiyok2! tak lupe kat member2 lame di uitm segamat (naz,usop,naswan,apis,fared n da geng).. all da best utk kalian!! kepada member2 upsi (especially my osmate : man, faiz, ustaz n madi).. dan terakhir sekali untuk semua cekgu2 UPSi!! adiosaaa!!


Wednesday, October 28, 2009

thanx fren!! gua tak sangke arr..

nyam2... lazat sehingga menjilat jari!

ala-ala gedix manje.. lalala

sodap!

live from pizza hut tanjong malim : thanx2!

huhu.. caiyok la same korang : mahal sey kek ni, terharu (T_T)

arep & lia : potong kek time : secret recipe tuu, adoiyaii, thanx! huhu

thanx guys! i really appreciate it!

daeie : loqlaq betol hg ni ea.. haha

salam,ptg tadi 27.10.09. wa kene beb.. tak sangke plak la depa ni semua ade nak wat suprise. naseb baek la aku mmg tergerak hati nak datang. ikotkan mmg aku tak mau dtg, bkn ape, duit dlm poket xcukup kalo nak join, da la ajak ppi tempat yg mahal2,huhu..

akhirnye aku pi jugak, daeie asyek soh pi jer, siap wat ayat2 yg buat aku serba salah.. last2 aku pjgkan kaki ini, hehe.. duduk punye duduk, lambat plak depa nak strat mkn, terliur jugak tengok, tapi aku xberani cuit sebab aku xde duit nak bayaq.. tetibe!! haaa, crew pizza hut dtg wat kek besday sambil nyanyi2.. aku pon juz tepok jer la, sbb ingatkan besday lia. tup2 depa kate celebrate besday aku yg 7 hari lepas.. huhu..

thanx,aku agak terharu jugak la kann.. hehe tp gembira hanya Allah saje yg tahu. thanx a lot fren. aku memang jenis tak terucap dengan mulut, hanya terima kasih aku ucap kan.. tp memang jauh di sudut hati, aku sangat menghargai segala apa yg kita lalui nie!

tahnx! gud luck utk exam nanti k! salammm

kemuncak Malam Gemilang Budaya, Lestarikan Tradisi


smart tak?? lalala

inilah dia budaya! hehe

sambil2 mndengar post mortem ringkas dr pn Kalsom

ah hong : baju dia tu baru beli, sratus lebey (chantek hong! tahniah!)

pulut kuning : huhu tp xramai yg dpt rase..

pic ni setelah abes program : maseh gumbira! yeaahh!

technical crew

caiyokk2 utk zura!

tahniah krn berjaya menjempot Roslan Madun (alaa amboi2!)

arep, zura n daeie : bersama Roslan Madun

bersama pensyarah Budaya & Warisan : Pn Kalsom

Salam, inilah dia malam yg dinantikan oleh semua pelajar Budaya & Warisan, hehe.. tersangat berjaya (bagi aku scr jujur).. kemeriahan dan happeningnya, hanya dpt dirasai oleh sesiapa yg hadir jer.. alhamdulillah gembira rasanya... tahniah buat semua yg terlibat, samada secara lgsung ataupon tidak. segala kommitmen yg telah anda curahkan, hanya Allah shj yg dpt mmbalasnya.

tahniah buat Zura juga. Alhamdulillah kreadibiliti anda terserlah. buat stage manager, Bro Jo, anda juga berjaya, chantek! dan semua yg terlibat.. hehe

Tuesday, October 27, 2009

di sebalik persiapan : Malam Gemilang Budaya, Lestarikan Tradisi

am & fifi : bersama hadiah utk Pn Kalsom
(import from s'wak!)

kesengalan bercampur gumbira!

chantek bunga2 : posing sat!

tempat brteduh utk technical crew : arep & amin

tahniah! sgt chantek deco stage : bunga segar dr cameron highland! (ah hong mari!)

kesegaran bunga terserlah!

daeie & fifi : kampong style!

technical crew!

salammm, gambar2 ini merupakan di antara beberapa persiapan sebelom tibanya majlis bermula. walaupon rd mulanye agk menimbulkan kerisauan pd pn kalsom, akhirnye sume dpt disiapkan mengikut jadual! tahniah barisan crew2 majlis. especially bro Jo dan mmber2 yg lain.. sangat chantek segala persiapan.. gambate!


Sunday, October 25, 2009

pengurusan koko : sehari bersama, sedekad terasa! group 4




salammm, gambar aksi sesengal kuda berbaur gembira!! yeahh.. begitulah seronoknye malam ini. walaupon sedikit penat, tapi bagusla, akhirnye selesai jugak, hahaha... tahniah wat saudara firdaus as pengarah projek kita,hehehe.... kpd mC, saudara fifi tak dilupekan jugak! tahniah2 sumer yg terlibat....................

yahoo!!!! adiosaaa!!

Saturday, October 24, 2009

perasmian : kelab rakan siswa malaysia @ uM







salammm.. gambar2 di atas merupakan gambar sewaktu kami berada di uM untuk perasmian kelab rakan siswa malaysia. wajah2 ceria bertambah sedikit kesengalan terpancar di muke ensem kami, kah3... sangat happening pada waktu ini. adiosaaa!!

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!