I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 9, 2009

Membeli Syiling Kijang Emas

Tahukah anda, antara pelaburan emas fizikal yang termudah di Malaysia adalah membeli syiling emas Kijang Emas?

Pada 9/6/2008 saya ada membeli syiling Kijang Emas ini (1Oz). Jadi saya ingin berkongsikan pengalaman bagaimana anda boleh membeli wang syiling Kijang Emas ini.


Sebelum itu, Kijang Emas nie apa ya?



Jawapan: Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. utk bacaan lanjut, lihat di sini http://en.wikipedia.org/wiki/Kijang_Emas

Ianya terdapat di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz ( 1 Oz = 31.1 gram). Ketulenan emasnya ialah 24K (999.9)



Bagaimana membeli Syiling Kijang Emas?



1. Kijang Emas dijual di Maybank cawangan tertentu sahaja.
2. Bawa duit yang mencukupi sebab kena bayar cash.
3. Bawa IC sebab pembelian akan direkodkan dan anda diberi sijil pembelian.


p/s: Tidak ada had limit untuk anda membeli Kijang Emas. kalau ada stok, Maybank akan jual.


Kelebihan Kijang Emas


a) Harga yang statik untuk sehari memudahkan untuk urusan jual dan beli..

b) Banyak cawangan Maybank untuk berurusan..

c) Perbezaan (spread) jual-beli yang rendah dalam sekitar 3%+ sahaja..

b) Platform harga sebelum2 untuk kemudahan rujukan analisa..

c) Dalam lingkungan modal yang agak rendah untuk mendapatkan keuntungan..


Kekurangan Kijang Emas


a) Penjagaan teliti untuk mengelakkan kecacatan fizikal..

b) Stok yang agak terhaddisebabkan permintaan yang agak tinggi kecuali di cawangan yang tertentu seperti HQ menara Maybank..

Diharap ringkasan pelaburan menggunakan kijang emas ini dapat membantu newbie dalam membuat pelaburan dan monitor sendiri..


Gambar: Cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas


No comments:

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!