I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 9, 2009

arif,kau amek kos ape??

SARJANA MUDA PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN

salamm,soalan diatas senang dijawab, tapi agak malas aku nak terangkan.. hehe.. sebab signifikan sungguh nak explain kat kawan2..

arep, ko amek kos bahasa melayu ea..??
arep,kos ape tu? xpernah dengar ponn...
arep,ko belajar ape kat kos tue..??

(tu antara soalan yg fofular ditanya. nak explain panjang sangat la kawan,huhu.. so aku post je la kat sini ok..hehe)

Nama Kursus: Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Kod: AT58

Program ini bertujuan melahirkan graduan yang berpengetahuan dan mahir dalam bidang Pengajian Malaysia yang mampu mengajar dan mengurus mata pelajaran Pengajian Am yang ditawarkan di sekolah. Pengajian Malaysia merupakan satu program pengajian multi dan interdisiplin yang dirancang untuk melahirkan graduan yang mengetahui serta memahami isu-isu Malaysia secara mendalam. Pengajian Malaysia merupakan satu pakej pengajian yang lengkap merangkumi pengetahuan sejarah, geografi, masyarakat, ekonomi, sosio-budaya, politik, sistem perundangan dan pentadbiran. Bakal graduan dilatih untuk peka terhadap dasar-dasar negara dan isu-isu semasa kenegaraan.

8 semester
(Terbuka kepada Aliran Sains dan Aliran Sastera)


Kerangka Kursus Pengajian

Kursus Universiti


  • KURSUS
  • Pembangunan Sahsiah
  • Kenegaraan
  • English for Communication 1
  • English for Communication 2
  • Wacana Akademik Bahasa Melayu
  • Kokurikulum
  • Pengayaan Diri

Kursus Profesional Pendidikan


  • Perkembangan Pendidikan Di Malaysia: Falsafah dan Dasar
  • Pembelajaran dan Perkembangan Pelajar
  • Pengurusan Pembelajaran
  • Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 1
  • Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2
  • Seminar Refleksi Latihan Mengajar
  • Penduduk dan Kependudukan
  • Perbandaran di Malaysia
  • Pembangunan Wilayah
  • Pembangunan Lestari
  • Pembentukan dan Pembinaan Negara Bangsa
  • Perkembangan Aliran Pemikiran Politik di Malaysia
  • Agama dan Masyarakat
  • Budaya dan Warisan Nasional
  • Hak Asasi dan Masyarakat
  • Sistem Undang-undang Malaysia
  • Perlembagaan Malaysia
  • Integrasi dan Perpaduan Nasional
  • Dasar-dasar Negara
  • Politik dan Kerajaan
  • Hubungan Antarabangsa Malaysia
  • Pengguna dan Kepenggunaan
  • Pemodenan dan Perubahan Teknologi
  • Masyarakat Malaysia
  • Kajian Gender di Malaysia
  • Kaedah Kuantitatif
  • Teori Pengajian Malaysia
  • Kaedah Penyelidikan Sains Sosial
  • Isu-Isu Serantau dan Antarabangsa
  • Projek Tahun Akhir

No comments:

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!