I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, September 17, 2008

menteri dah bersuara, PM bila lagi??

Zaid Ibrahim tetap mahu letak jawatan


PUTRAJAYA - Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun diminta oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkannya semula.

"Saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk melepaskan jawatan walaupun dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam beliau menasihatkan saya untuk bercuti," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, antara sebab peletakan jawatannya ialah kegagalan beliau memperkenalkan beberapa dasar baru dalam sistem perundangan selain kecewa dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada anggapannya sudah disalahgunakan.

Beliau turut mengakui menerima banyak tentangan bukan sahaja daripada rakan dalam Kabinet malah daripada anggota UMNO. "Banyak desakan yang suruh saya letak jawatan dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kononnya saya bukan pejuang Melayu, pejuang bangsa dan pejuang Islam tetapi bagi saya bangsa Melayu akan lebih baik dengan dasar-dasar yang saya utamakan," katanya.

Ekoran keputusannya itu, beliau tidak akan bercuti sebaliknya terus meletakkan jawatan.
Bagaimanapun katanya, beliau akan mengekalkan kedudukannya sebagai senator.
Menurut Zaid, pandangannya kebelakangan ini banyak menimbulkan masalah.

"Semua masalah ini membebankan Perdana Menteri yang turut berdepan dengan tekanan. Maka saya tidak mahu bebankan beliau lagi, jadi saya membuat keputusan yang terbaik untuk saya, untuk parti, untuk negara, untuk semua dan untuk PM," katanya.

:: sumber : kosmo online ::

2 comments:

Anonymous said...

dunia politik sekarang da ibarat kapal titanic yg nk langgar bongkah ais tu jek...klu lmbt ubh haluan alamatnye karammm laaa...tp cme satu jek yg x karam..karam singh walia..huhuhu..btl ke ak eja singh tu?

kutupintar said...

aku pon xtau.. cube tanye harvir..hehe

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!