I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, January 31, 2009

kami..kamu..mereka & kluang..

bowling : zila,ila,liyana n daus
popular : daus n ila (jiwa gambar ni)

kfc : da geng


kluang parade : sempat lagi dlm lif!

sushi king : lalaaa.. under construction

salamm keamatan utk anda semua..haha.. en3 kalini dipersembahkan serba sedikit xtvt we all tempoh hari.. kami iaitu daus, ila, zila, liyana n aku telah meringankan kaki, jari jemari serta tulang temulang utk menjelajah sekitar kluang,haha..
bermula dengan meletakkan moto di kluang parade, terlihat kelibat iLa sedang menunggu aku n daus. kelewatan kami bdua amatlah tidak diundang krn plug moto aku meragam meminta utk ditukar,huhu.. demi kesayangan aku terhadap JFC 8100 itu, lalu aku menukarnya..

kring3, hanset daus berbunyi, zila n liyana pula tiba di kluang parade.. kami pon saling pandang-memandang.. haha. lalu daus mencadangkan utk bermain bowling. aiyaaa.. malu rase hati nak menunjukkan kehebatan bermain permainan guli tersebut, ops!! maaf, aku maksudkan bowling,huhu.. namun atas desakan kwn2 yg memanggil2 namaku, arepppp... areppp.. (actually ni tokok2 jer,haha) lalu aku pon join.. keputusannyer daus menang, aku second (actually kasi chance jer, kang takot lenkali tak nak keluar lagi,haha)

pastu kami menghayun kaki ke kluang mall plak.. ting tong.. aiyaa,sesaje jer nak round2 kluang yang semakin pesat membangun tuu.. (pehh..betol beb, xcaye dtg laa..) round punye round kami singgah di popular book store.. kring3, perot masing2 pulak berdering, setelah dicampur dan ditolak kami pi makan kat KFC.. haaa, drama pon bermula disini..

arep: eh,kan kite kene boikot KFC. israel laa...
daus: xpe,kite lupekan kejap..

haha..itulah dia drama tersebut. daus kelaparan tahap gaban kot.. tp tersentap jugak la beb, servis KFC terburuk pernah kitorang rase. pehhh, lembab nak mampos..
setelah makanan memenuhi ruang perot masing2, kami meneruskan perjalanan ke bazar gong xi fa cai (tp pelik sumer yg meniaga melayu) haha.. perjalanan xterhenti disitu, kami terus ke plaza BCb,huhu.. masuk the Store.. finally, kami pon bersurai, masing2 membawa diri yg lara ini.. huhu..

Thursday, January 29, 2009

betol3!! alalaaa tomeinyerr..haha


Upin & Ipin : Dan Kawan - Kawan merupakan siri terbaru Upin & Ipin yang bakal disiarkan di TV9 sikit masa lagi. Sila ikuti perkembangan terkini mengenai siri terbaru di laman web ini.

www.upindanipin.com.my

Monday, January 26, 2009

yanG mana saTu!!? beLacan??


antara kerepek, baju, botol air, ataupon!! belacan??
yezaaa, belacan... what?? belacan?? ermmm..

Tuesday, January 20, 2009

oBaMa... pe korang pikir tentang dia??


haaa.. termaktub sudah dlm sejarah politik amerika syarikat yg menjadikan Obama sbg presiden kuLit hitam pertame.. so wat do u think?? adekah perangai oBama spt presiden2 sblumnyer?? ntahlaaa, bg aku la kann, oBama ni cam fenomena jer, tp aku rase same jer mcm presiden2 sebelum ni, huhuhu.. dah name pon aMerika Laknat!!

ops! ter'eMo plak.. i`m sorry ( amir raje lawak3 )..

haha.. hope oBama dpt mmbuat revolusi baru spt yg dunia harapkan. mudah2an xseperti BUSH LAHANAT a.k.a MR.LAHABAU.. wakakaaa.. bush presiden perang yg ntah pape, mnjahanam kan dunia je kejenyerr...

p/s : kpd mr.ObaMa jgn la nak wat dajaL lg k.. majulah sukan utk negare.. hahahahaaa

Monday, January 19, 2009

my neW faMiLy.. hik3

saLamm.. entry kali ni bkn nak mencari publisiti pon.. hehe.. bknnye mercedes ke, ferrari ke, bmw ke.. tp kete mYvi jer, haha.. sesaje nak prkenalkan new family ni haaa, name dia Medalina kot, haha.. dia ni telah mnambahkn kadar kewangan kluarga kami, wa3.. justeru tpaksa la kembali mnstabiLkan ekonomi semule ekoran kehadiran cahaya mata baru ni, kah3..
ayat cam poyo,tol x? hehe... semoge dia ni sehat walafiat la ek.. no eksiden2 k! kah3
saLamm... bye!




jaLan-jaLan kat porT dicKson

haa... nak kongsi picture time cuti2 mesia aritu.. haaa, ni kat pD plak, aku,cikju,makngah, amy n ninna.. berjalan2 di pD, pastu trus turun melake, tup2 terlajak terus ke kampung, hehe.. sronok bangat,skali skale bjalan jawoh sket...

yeZZaaa... aDioSaaa!!

di playground malam2 bute..wa3

jaLan-jaLan di meLaka dgN naZruL

nazrol nak terjun!! bagos2!! haha..



dekat pulau melake??

warisan melaka

anasir jahat : dinosaur berjanggut tajam


haha... diantara gambar2 yg ingin dikongsi tatkala perjalanan aku dgn nazrol ke melake.. naek moto kapcai dia.. akhirnyer sampai gak kat sane.. kah3..

btolak balik ke segamat pkol9 mlm.. pehh gler punyer mncabar daaa... gelap je jln, lg2 area gng ledang.. teringat2 puteri gng ledang plak, kah3.. ok wat!! kalo nenek kebayan cmane?? mau tkehel tengkok dibuatnyer... hehe..

okla, all diz pic capture by mr.red a.k.a arep rizwan

Sunday, January 18, 2009

conGrate Meet UncLe HussaiN : juaRa LaGu 23


yezzaaa.. baru jap td MUH dinobatkan sbg juara Lagu ke23.. aiseyymennn, mmg cun la, bcoz utk kali ke2 brturut2 indie bang dpt title juara Lagu tuu... congrate laa same depa.. caiyokk3!! maju la music indie utk industri music tempatan!!

actually ramai yg mnjangkakan superman FaizaL tahir yg akan menang bcoz dia dah dpt 3 anugerah (performance, vokal n balada) tup3, MUH jugak yg naek.. cayaLahhhh... all da best utk MUH pasni!! gambaTe!!

saLammmm : redZ

salammm...

oit!!! beri salam dulu ar!! aiseymennn lu mat.. xde akidah ke, maen hoi2 jer??!! karate tengok engkau baru tau.. pehhh, kusut masai rongga leher aku..

ehem2!! melalot betol la engkau ni, cube la jalan elok2 sket, ni dah macam kenyak minum todi jer, awat??? xde air laen ke nak togak?? aiseyyy... xsekolah ek?? mesti sekolah tapi selalu cabot kan?? kan3?? aiseymenn... patot la perangai macam setan kekenyangan dosa, buat2 la bertaubat.. akidah ko dah jaoh tersimpang ni beb... kang salah masok simpang payah plak.. huhu..

mat!! sini jap, aku nak bagi tau ko satu rahsia ni..

shhhhssss... ko pehal??? merepek ntah pape..
cube tgok sebelah, visitor ko dah ar maken ramai, lagi mau mrepek ker???

huhuhhuuu...

actually tgah bosan giler ni,huhu..
harap mahap ek para2 sakura!! opss.. para2 visitor...

selamattttttt

salammm

Thursday, January 8, 2009

Transformasi Adat Perpatih

Adat Perpatih secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka. Persoalannya, adakah ia masih utuh dipraktikkan dalam kalangan masyarakat Melayu di Negeri Sembilan?


YANG Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawar (kiri) menerima Mas Merah daripada Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Kelana Petra Mubarak Dohak.

ADAT Perpatih yang bermula 650 tahun lalu adalah amalan dan peraturan hidup yang ditentukan masyarakat Minangkabau yang rata-ratanya ketika itu adalah petani.

Tiada tarikh yang tepat dicatatkan bila adat itu mula diwujudkan. Namun, Adat Perpatih telah dibawa ke Tanah Melayu (Semenanjung Malaysia) oleh perantau-perantau Minangkabau sejak ratusan tahun lalu.

Di Malaysia, Adat Perpatih masih wujud dan diamalkan oleh masyarakat Melayu di Negeri Sembilan dan sebahagian penduduk di Melaka terutama di Naning, Alor Gajah. Majoriti mereka adalah keturunan Melayu Minangkabau.

Menyelami prinsip Adat Perpatih, ia secara tradisinya memberi keistimewaan kepada kaum Hawa dari sudut harta pusaka khususnya tanah adat.

Mungkin kerana itu, ramai yang menganggap seolah-olah wujud wanita dari keluarga Adat Perpatih yang bersikap queen control sekiranya berkahwin dengan lelaki yang berasal dari negeri lain.

Kononnya segala harta pusaka milik suami akan diserahkan bulat-bulat kepada isterinya. Si suami pula harus tinggal di rumah isteri atau mentua.

Menjadi persoalan, adakah adat itu masih utuh dipraktikkan oleh masyarakat di Negeri Sembilan biarpun negara telah mengalami perubahan zaman yang begitu drastik.

Menurut Profesor Antropologi Sosial dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, Adat Perpatih masih terus diamalkan oleh masyarakatnya tetapi ia kini telah mengalami perubahan mengikut arus zaman.

"Ia berubah dari segi bentuknya, tetapi isi atau prinsipnya masih kekal sehingga hari ini," itulah jawapan pertama yang dinyatakan beliau ketika ditemui Kosmo! di Institut Kajian Etnik (KITA), UKM, Bangi baru-baru ini.

Antara prinsip Adat Perpatih yang masih kekal diamalkan adalah keturunan dikira melalui nasab ibu.

Adat Perpatih memberi keistimewaan kepada kaum wanita yang dianggap bonda kandung, iaitu ibu yang melahirkan anggota-anggota masyarakat. Seseorang individu itu adalah anggota suku ibunya dan bukan anggota suku bapanya.

Prinsip yang kedua, bagi masyarakat yang tinggal di kampung mereka tinggal di kawasan ibu sebelah isteri.

"Apabila berlangsungnya sesuatu perkahwinan, si lelaki akan meninggalkan kampung halamannya untuk menetap di kampung atau kawasan ibu kepada isterinya sebagai orang semenda.

"Cuma, bagi mereka yang berhijrah di luar kawasan Negeri Sembilan, contohnya di Pahang, Kelantan atau Perlis, prinsip itu mengalami perubahan iaitu si ibu hendaklah tinggal bersama anak perempuan dan menantunya.

"Hal yang melibatkan pembahagian harta pula membabitkan anak perempuan mewarisi harta pusaka manakala anak lelaki menyandang saka. Ini adalah prinsip yang ketiga. Ia menjelaskan bahawa hanya anak lelaki yang berhak menyandang saka (jawatan-jawatan dalam adat) manakala anak perempuan mewarisi harta pusaka keluarga ibunya.

"Prinsip perkahwinan seperut atau sesuku adalah dilarang tetapi orang luar boleh menjadi ahli sesuatu suku dan ini menjadi antara prinsip yang masih diamalkan masyarakat Negeri Sembilan," katanya merujuk kepada prinsip yang keempat dan kelima.

Shamsul Amri menjelaskan, apa yang dikatakan telah mengalami perubahan adalah dari segi penghijrahan tempat tinggal masyarakatnya. Ini menjelaskan sifat komuniti masyarakatnya tidak lagi bersemuka berbanding dahulu iaitu tinggal dalam satu kelompok atau satu kampung yang sama.

"Ramai dalam kalangan masyarakatnya, khususnya remaja telah berhijrah di negeri lain dan masing-masing memegang jawatan dan kerjaya sendiri.

"Ini bukan bermakna mereka mengabaikan Adat Perpatih, sebaliknya mereka dipengaruhi oleh aspek kehidupan moden Melayu pada hari ini.

Sementara itu, Pengarah Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr. Zainal Abidin Borhan berkata, adat itu masih diamalkan tetapi bilangan pengamalnya tidaklah sebanyak puluhan tahun lalu.

"Ia masih diamalkan tetapi tidaklah seperti 50 atau 30 tahun lalu. Kebanyakan yang mengamalkannya ialah mereka yang tinggal di tanah adat iaitu di kawasan yang mengamalkannya.

"Sekarang ini, penghijrahan ke banyak tempat adalah perkara biasa. Masing-masing sudah bebas dan menentukan hala tuju sendiri.

"Konsep adat berpegang kepada 'di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung'. Apabila kita tidak lagi berada di dalam kawasan tanah adat, kita tidak lagi terikat dengan adat tersebut sebaliknya kita terikat dengan adat di kawasan yang kita duduki.

"Justeru, tidak timbul soal berhijrah lalu mengabaikan adat," katanya.

Beliau menjelaskan, adat sebenarnya tidak jumud dan ia bersifat dinamik. Perubahan boleh berlaku dengan syarat disepakati oleh semua pihak yang terlibat.

"Muafakat adalah ibu adat," tambahnya.


hehe... actually artikel ni baru saje sy petik kat halaman kosmo online.
sebab smlm sy ade berdiskusi tentang adat pepatih bersama teman sy,
miss fiona yg berasal dr rembau n9.. hehe.. kpd miss fiona, thanx 4 ur infomation..

hehe..saLamm

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!