I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, September 18, 2008

Alam's story !! (dak MuO johor)






Alam's Story ialah judul bagi sebuah siri drama "berasaskan kisah benar" yang merakamkan kisah hidup seorang penari Malaysia bernama Muhammad haslam 'Alam' Abdul Rahman setelah menjuarai musim pertama So You Think You Can Dance. Dalam siri ini, Alam sekeluarga bersama-sama rakan-rakan dari pertandingan melakonkan semula kisah kehidupan penari tersebut.

Watak utama :
Alam (
Muhamad Haslam Abdul Rahman)
Alam ialah juara musim pertama
So You Think You Can Dance, yang berasal dari sebuah perkampungan di pinggir bandar Muar, Johor, dan juga bintang drama ini. Dalam drama ini, Alam digambarkan mula-mula berkecimpung dalam aktiviti breakdance di pusat bandar sebagai tarian kegemarannya.


Wednesday, September 17, 2008

menteri dah bersuara, PM bila lagi??

Zaid Ibrahim tetap mahu letak jawatan


PUTRAJAYA - Datuk Zaid Ibrahim tetap dengan keputusannya untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri walaupun diminta oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya memikirkannya semula.

"Saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk melepaskan jawatan walaupun dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam beliau menasihatkan saya untuk bercuti," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, antara sebab peletakan jawatannya ialah kegagalan beliau memperkenalkan beberapa dasar baru dalam sistem perundangan selain kecewa dengan penggunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang pada anggapannya sudah disalahgunakan.

Beliau turut mengakui menerima banyak tentangan bukan sahaja daripada rakan dalam Kabinet malah daripada anggota UMNO. "Banyak desakan yang suruh saya letak jawatan dalam persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kononnya saya bukan pejuang Melayu, pejuang bangsa dan pejuang Islam tetapi bagi saya bangsa Melayu akan lebih baik dengan dasar-dasar yang saya utamakan," katanya.

Ekoran keputusannya itu, beliau tidak akan bercuti sebaliknya terus meletakkan jawatan.
Bagaimanapun katanya, beliau akan mengekalkan kedudukannya sebagai senator.
Menurut Zaid, pandangannya kebelakangan ini banyak menimbulkan masalah.

"Semua masalah ini membebankan Perdana Menteri yang turut berdepan dengan tekanan. Maka saya tidak mahu bebankan beliau lagi, jadi saya membuat keputusan yang terbaik untuk saya, untuk parti, untuk negara, untuk semua dan untuk PM," katanya.

:: sumber : kosmo online ::

Sunday, September 14, 2008

M.U..?? wat daa tuttt....


haiyaaa.. apa dah jadi sama mU.. huhu..
aku ibaratkan match ni macam pertembungan antara USOP vs NASWAN (budak2 midaianZ)..
hahaha.. pelikkan apasal aku ckp camtu, actually mereka berdua tu fans kedua2 club ni. si USOP utk mU, n si NASWAN utk liverpool.. hehe..

so utk match kalini naswan menang.. hehe..
xpe usop, ade peluang lg nak kejar, apela sangat liverpool tu, huhu.. (suare kekecewaan)

LIVERPOOL, England - Selepas sekian lama dikecewakan, Liverpool akhirnya memperoleh kemenangan moral, semalam selepas berjaya menewaskan musuh tradisinya, Manchester United 2-1 di tempat sendiri, Anfield.

Keadaan itu pastinya satu tamparan hebat buat United menjelang perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah menentang Villareal Rabu ini dan Chelsea dalam saingan liga, Sabtu depan.
.......................................................................

haha..aiyaaa... okla,saLamm, aDioSaaa...

jom join NR CLUB uitm johor



saLam buat kalian..

actually kat post kali ini aku nak mempromote NR CLUB uitm johor. so korang dipelawa la sangat2 utk join dis group. so kepada sesape yg blum join, sila2 ringankan tangan utk join dis group kat frienster ni. hehe.. group NR CLUB ni bkn aku yg buat, tapi oleh jawatankuasa sahabat NR..
.........................................................................

diantara kata2 empunye owner NR CLUB :

matlamat yg jelas utk menjaga kebajikan mahasiswa n mahasiswi uitm sgmt yg dok kat luar kampus... disebabkn blom ramai yg tahu kewujudan NR Community ni sepenuhnya...maka fs ni jd platform pertama kami utk memperkenalkn NR Club ni kpd kalian semua..

lepas ni,kalian tau saluran yg kalian akn tuju jika berlaku ape2 masalah di luar... erm... pasal yg xde improvement tu kami xdpt nk komen sgt.biase la..ble sem br, org yg pegang pn br jgk...he2...

lg 1..bg memudahkan info2 pasal aktiviti dlm kampus n luar kampus sampi ke pengetahuan kalian, insyaAllah kami akn membuat blog utk NR utk same2 share maklumat...

..........................................................

senang jer, u all juz search di FRIENDSTER:


nr_clubseg@yahoo.com

salammmm, aDioSaaa....


Saturday, September 13, 2008

muka2 kene tahan ISa



ni diantara yang ditahan semalam..
si bedebah teresa tu plg aku bingita.k.a hangen..
semoga pehak brkuasa dpr buat tindakan
sewajarnya kat minah tuu... aiseymennn...

ok,aDioSaaa.. saLAmmm

biKin paNas laa..

penahanan ISA terbaru:

Mereka ialah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.
Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka.


Menurut Ismail, penahanan di bawah ISA itu dibuat “untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.”

Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat.
Teresa, 44, (korang ingat name minah ni!!!) ditahan oleh sepasukan anggota polis yang menaiki tiga kereta peronda ketika Ahli Parlimen Seputeh merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Kinrara itu dalam perjalanan pulang ke rumahnya di ibu negara pukul 11.20 malam ini.

Penahanan ahli politik yang masih bujang itu dipercayai mempunyai kaitan dengan dakwaan bahawa beliau mengeluarkan arahan melarang azan dilaungkan menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau.

Wakil rakyat DAP itu dilaporkan turut cuba menghapuskan penggunaan tulisan jawi pada papan tanda nama jalan di ibu negara dan mencadangkannya digantikan dengan tulisan Cina serta Tamil.

:: sumber utusan ::

waa... minah ni memang dah bikin panassSSS.. naik panas telinga aku dibuatnya.. ade ke patot sentuh isu sensitif camni.. ade otak tp tarok kat lutut.. kang aku tukuL tempurung lutut ko baru tauu.. haha.. maen hembos je bila bcakap, ingat org isLam bley dok diam je ker bila dia ckp camtu.. apelaaa.. lu pikir la sendirik..

adioSaaa... saLAmmm

Friday, September 12, 2008

otak jgn bikin kusot...

haha..camane tak kusot... ingatkan arini nak balik kluang.. tup2 abes teket train guaa... aiseymenn, bikin kusot jerrr... tensen2, penat2 packing barang beb.. x penah2 teket tren abes time2 camni.. alehh2 xde plak.. so as conclusion, jgn ingat teket tren sentiase ade.. haha.. ape bley buat, dah naseb gua camni.. nampak gaye balek esok.. huhuuu..

::: mau bikin otak kusot?? :::

haha.. lu pikir la sendirik... saLammm....

Thursday, September 11, 2008

fadhilat Ramadhan

alhamdulillah kita sekarang dah berada di bulan Ramadhan.. syukur krn diberi peluang utk kita ketemu Ramadhan kali ini.. so aku nak ucapkan selamat berpuase utk korang semua.. pose jgn xpose k.. hehe.. ok, ckp pasal bln ramadhan ni, mesti byk fadhilat dia kannnn.. om, meh kongsi2 meh.....

Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahui akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."

(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka. (iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

ciNta seJaTi

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasihsayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula.

MORAL & IKTIBAR
1. Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen 2. Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah
3. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan nabi, insyallah kita bersama nabi di akhirat nanti
4. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu
5. Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak
6. Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat.
7. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda 8. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

cEmBuRu

Sifat cemburu ni adalah naluri manusia yg sememangnya amat sukar nak dibendung. Byk gak jenis cemburu... ada yg positif & ada yg negatif. Bila kita ckp pasal cemburu ni, dah tentu ramai yg menuding jari & mengaitkannya dgn kaum hawa. Ramai beranggapan bhw org perempuan ni kuat cemburu. Sebenarnya dlm soal ni, kita tak boleh nak tuduh sesapa pun, samada lelaki mahupun perempuan. Sifat cemburu ni ada pada setiap manusia.

Cuma kita perlu bijak dlm mengawal perasaan cemburu tu. Jadi pikir2kan lah yg mana baik & yg mana buruk.Dlm kebanyakan hubungan mmg terdpt sifat cemburu. Masalah timbul apabila pasangan yg cemburu ini mengugut utk memutuskan hubungan & pasangan rasa tergugat. Ada pasangan sedar bhw sikap cemburu mereka ini kurang menyenangkan tapi tidak mampu mengawalnya. Mereka rasa apa yg mereka lakukan itu betul. Mereka sentiasa ingin tahu apa yg dilakukan oleh pasangan mereka. Jika terlewat 10 minit pun, pertengkaran boleh berlaku.

Apabila sedang di alam percintaan, sukar untuk menerima hakikat bhw pasangan kita mempunyai masalah terlalu cemburu. Adakah dia bersikap demikian utk melindungi kita atau dia akan mendtgkan masalah kpd kita?

Ok, mari kita siasat & selidik tanda2 cemburu yg boleh kita perhatikan pada pasangan kita.

1. Dia menelefon kita beberapa kali sehari dan nampak marah & kecewa bila kita tiada.
2. Dia menelefon kita semasa sedang mesyuarat & apapun alasan yg diberikan, dia tetap nak bercakap dgn kita. Sbb ingatkan ada hal mustahak, kita mungkin menjwb panggilannya tetapi merasa geram kerana dia hanya nak berbual je.
3. Dia menuduh sesuka hati bhw kita telah keluar dgn lelaki/wanita lain.
4. Dia selalu mengintip & cuba mencari peluang utk mencari kesalahan kita.
5. Dia mengugut membunuh diri jika kita meninggalkannya.
6. Dia hanya mahu kita sentiasa bersamanya & marah w/pun kita keluar dgn teman2 wanita/lelaki lain.
7. Dia tidak suka pergi ke parti atau majlis sosial kerana bimbang lelaki/wanita lain tertarik kpd kita.
8. Dia menyoal spt seorg polis, ke mana kita pergi & dgn siapa.
9. Dia bermasam muka bila kita kerja lebih masa.
10. Dia tidak peduli dgn penjelasan kita.
11. Jgn terkejut bila dia menggeledah beg tangan/beg duit kita utk mencari bukti samada kita bermain kayu tiga.

Sekarang mari kita belajar cara2 nak mengatasi sifat cemburu ni..

1. Terima hakikat bhw sifat cemburu kita adalah masalah kita sendiri & kita bertanggungjwb mengatasinya sendiri. Fikirkan tiada siapa yg boleh membuat kita cemburu. Kita boleh mengawal fikiran dlm apa bentuk situasi pun. Ingat, pilihan terletak pd diri sendiri, bukannya org lain.
2. Hormati perasaan pasangan kita. Spt kita, dia juga mempunyai hak utk menilai kecantikan wanita/lelaki lain. Jika kita dpt melakukannya, kita sudah dpt mengatasi sifat cemburu.
3. Tiada siapa suka memikirkan pasangan mereka curang. Kalaupun ini terjadi, teruk sgtkah kesannya kepada kita. Kita mungkin sedih, kecewa & marah utk sementara waktu shj tetapi tidaklah sampai mati. Lambat laun kita akan dpt mengatasinya juga.
4. Bagi diri sendiri masa untuk mengatasinya. Jika kita mmg seorg yg cemburu, usah berharap kita boleh berubah dlm masa yg singkat.
5. Tuliskan apa perasaan kita bila kita merasa cemburu. Marah? Tidak tentu arah? Menangis? Geram? Rasa malu? Rasa bersalah? atau bertindak kasar? Adakah kita ingin meneruskan hidup kita dgn cara ini? Jika jawapannya tidak, maka cepat2 lah berubah.
6. Cuba fikirkan bagaimana cemburu kita meledak. Adakah adil kita menyisihkan pasangan kita drp org lain? Teruk sgtkah dia bila dia senyum pd seorang wanita/lelaki lain? Tidakkah kita sendiripun pernah tersenyum pd wanita/lelaki lain?
7. Ramai org yg mempunyai perasaan & masalah cemburu suka menyalahkan org lain. Mereka kerap mencari kesalahan org lain & mahu pihak yg satu lagi mengubah sikap tetapi dlm masa yg sama tidak melihat kesalahan sendiri. Terima hakikat bahawa kita manusia sebenarnya tidak sempurna.
8. Bagaimana erat pun hubungan anda berdua, terima hakikat bhw masih ada lelaki/wanita lain yg lebih cantik/tampan, bijak & baik. Jadi jgnlah cuba mengongkong pasangan kita. Habiskan masa bersamanya dgn penuh kegembiraan. Jgn biarkan hubungan kita goyang dgn imaginasi kita yg karut.
9. Bina keyakinan diri. Kita mungkin berasa tidak selamat jika selalu bergantung kpd pasangan. Luaskan persahabatan dgn org lain.
10. Jika rasa cemburu kita sdg memuncak, bayangkan apa yg akan berlaku jika kita melepaskannya kpd pasangan kita. Contohnya jika pasangan dinaikkan pangkat & mempunyai seorg setiausaha yg cantik, kita patutnya ucapkan tahniah & bukannya menyindir. Jika dia ingin curang dgn sesiapa, dia tetap akan buat tak kira la samada kita cemburu ataupun tidak. Cemburu tidak akan dpt menghalang mereka.
Cemburu boleh menghancurkan sesebuah hubungan yg mesra. Tetapi jika kita dpt melihat tanda2 awal cemburu, kita boleh bertindak cepat agar ia tak merebak.

Jadi mari kita ikuti pulak tips bagaimana nak mengawal keadaan kiranya mendpt pasangan yg cemburu.

1. Jika pasangan kita mula menunjukkan rasa cemburu, jgn terbawa2 dgn sifatnya itu. Mungkin kita tidak perlu menjawab setiap soalannya. Lebih baik berdiam diri saja dpd terus menyemarakkan kemarahannya.
2. Terima hakikat bhw dia tidak berniat utk melukai hati kita. Mungkin ini sifat semuladinya & jgn ambil hati.
3. Cuba sedaya upaya kita utk membina keyakinan diri. Puji dia jika perlu, minta nasihatnya & salurkan rasa cinta kita. Tunjukkan kita menyayanginya w/pun dia tidak sama spt org lain.
4. Jgn berpoya2 dgn wanita/lelaki lain. Ini hanya membuatkan situasi lebih sukar. Apa yg dia perlukan adalah sokongan yg berterusan.
5. Berbincang dgn pasangan tentang perasaan cemburunya.
6. Jika kita telah berusaha sedaya upaya & pasangan tetap tidak boleh mengawal cemburunya, kaunseling mungkin jln terakhir utk menyelamatkan hubungan kita berdua.

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!