I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, August 29, 2008

sekaDar bermanJa..hehe

1. Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi
6. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
9. Secupak takkan jadi 18 cupak
10. Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkankulit, manusia mati meninggal dunia
11. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut.
12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
13. Alang-alang mandi biar guna sabun
14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
17. Hidup segan mati di tanam
18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
19. Lembu punya susu cap teko dapat nama
20. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
21.. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut. (beli la pukat tunda lagi baik)
22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
23. Membujur lalu melintang pukang
24. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan
25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut
26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili
27. Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah!!

Thursday, August 21, 2008

Demonstrasi bantah cadangan MB Selangor

KUALA LUMPUR: Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menyertai demonstrasi membantah cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, supaya 10 peratus kuota universiti itu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera berdepan tindakan disiplin.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata perkara itu sudah dirujuk kepada lembaga tatatertib universiti berkenaan berhubung bentuk hukuman yang boleh dikenakan terhadap pelajar yang bertanggungjawab menganjurkannya.

“Kita (kementerian) ada menerima laporan berhubung demonstrasi itu dan ia sudah diserahkan kepada pihak berkuasa universiti. Kalau terbukti pelajar terbabit bersalah, terserah kepada lembaga tatatertib universiti menentukan apa tindakan yang boleh diambil terhadap mereka.

“Walaupun demonstrasi itu berbentuk pembelaan terhadap dasar negara, ia tetap dianggap salah. Malah, kerajaan tidak berhasrat membenarkan pelajar untuk berdemonstrasi dalam pindaan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (AUKU),” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan yang boleh diambil terhadap pelajar UiTM yang mengadakan demonstrasi bagi membantah cadangan Menteri Besar Selangor itu.

Baru-baru ini, lebih 5,000 pelajar UiTM berhimpun di depan pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam untuk membantah cadangan membuka universiti itu kepada bukan Bumiputera.

Tindakan itu disusuli oleh sokongan pelajar UiTM di beberapa tempat di seluruh negara yang turut mengadakan protes berhubung isu sama.

Idris berkata, tindakan pelajar mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu hanya akan mengganggu ketenteraman awam.

“Saya ingin mengingatkan pelajar di universiti tempatan lain supaya tidak mengulangi tindakan sama seperti dilakukan pelajar UiTM pada masa depan ketika berdepan dengan sesuatu isu.

“Banyak cara dan saluran yang boleh digunakan pelajar universiti untuk menyatakan ketidakpuasan hati berhubung sesuatu isu,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya desakan Gabungan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) supaya kerajaan mansuhkan AUKU, beliau berkata, ia mustahil untuk dipenuhi.

“Kerajaan hanya akan melakukan pindaan kepada 30 perkara membabitkan AUKU. Antaranya membabitkan kuasa menteri, tatatertib dan pembabitan pelajar dalam pertubuhan politik dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Pindaan AUKU akan dibacakan kali kedua dan dibahaskan di Dewan Rakyat minggu depan sebelum diluluskan,” katanya.

sumber: Berita Harian

Wednesday, July 16, 2008

Menjaga Hati : Yuvie-Nuno

Masih tak tinggal bayanganmu
yang telah memberkas relung hatiku
hujan tanpa hentiseolah petanda
cinta tak disini lagi
engkau tak berpaling

biarkan aku menjagaperasaan ini ohhh....
menjaga segenap cinta
yang telah engkau beri
engkau pergi aku takkan pergi
engkau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih menharapkanmu
ohhh.. ohh....

masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu
cerminkan hatimu
aku takkan bisa
menghapus diri mu
meski ku lihat kini
engkau diseberang sana

andai akhirnya engkau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati

Sejujurnya diriku
masih menharapkan mu
oohhh... oohh... oohhh...

Friday, July 11, 2008

jangan taksub pahala

PEJAM celik, pejam celik, hari ini sudah 22 hari kita berada di dalam bulan Rejab. Lazimnya, umat Islam berlumba-lumba melaksanakan ibadat seperti berpuasa sunat, bersedekah dan berzikir.

Lebih-lebih lagi disogokkan dengan pelbagai fadilat yang bakal diperoleh kepada mereka yang beramal pada bulan ini.

Antara ganjarannya iaitu; Setiap umat Islam yang berpuasa pada Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat 1,000 kali haji dan umrah. Dibina untuknya 1,000 mahligai dengan 1,000 bilik dan 1,000 bidadari, lebih cantik daripada matahari 1,000 kali.

Siapa berpuasa tiga hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa daripada jasad, 70 hajat ketika di dalam kubur, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika al-Quran dinaikkan di langit), 70 hajat ketika ditimbangkan amalannya di Mizan dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Selain itu, berpuasa pada 27 Rejab seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun. Malah mereka ini juga dapat minum air sungai yang dinamakan Rejab dengan airnya lebih putih daripada susu, lebih manis daripada manisan dan lebih dingin daripada salju.

Ini baru disenaraikan beberapa hadis yang menyentuh tentang kelebihan beramal pada bulan Rejab. Sebenarnya, kalau hendak disusunkan satu persatu, sudah pasti tidak terkira dengan jari. Malah, andainya kita layari internet, paparan bahan-bahan bertulis berkaitan tajuk di atas, memang terlalu banyak.

Hakikatnya, bukan seorang dua yang dikaburi dan terpengaruh dengan ganjaran-ganjaran ini. Sebenarnya hadis-hadis tersebut adalah tergolong dalam hadis mauduk iaitu ia adalah palsu serta tidak bersandar atau bersumberkan daripada Rasulullah s.a.w..
Larangannya, bukan sahaja kita tidak boleh beriman malah ia sekali gus bermaksud kita tidak boleh percaya dan beramal dengan hadis sebegini.

Kebimbangan inilah yang telah disuarakan Pembantu Profesor, Kulliyyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Malaysia (UIAM), Gombak, Dr. Adibah Abdul Rahim sewaktu mengulas pengaruh faktor ganjaran ini sehingga telah menjadi satu fenomena di mana umat Islam terlalu percaya kepada ganjarannya sehingga lupa kepada persoalan status hadis.
Ketaksuban

Memang banyak kelebihan yang berkaitan bulan Rejab, cuma dibimbangkan sikap ketaksuban masyarakat dengan ganjaran fadilat dalam bulan Rejab sehingga menjadikan umat Islam berlumba-lumba mengejar ganjarannya sampaikan amalan yang dikakukan berlandaskan ganjaran atau kelebihan, bukan dilakukan amalan tersebut atas landasan keikhlasan. Sedangkan hakikatnya, bagaimana rupa ganjarannya harus diserah kepada Allah s.w.t..

“Umum perlu diberitahu, bahawa kita tidak boleh berpuasa semata-mata untuk ganjaran. Apatah lagi, ganjaran-ganjaran yang telah dijelaskan di dalam hadis-hadis tersebut adalah hadis mauduk. Meskipun, jika ia sekadar dianggap sebagai satu motivasi sekalipun.
“Di samping itu, sekiranya kita terlalu mengejar ganjaran, seolah-olah kita mengharapkan sesuatu daripada Allah. Sedangkan sebagai hamba-Nya, seharusnya setiap amalan kita kepada Allah itu adalah balasan kita atas nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini,” jelas Adibah.

Jelasnya lagi, salah satu tanda hadis mauduk iaitu, ia menyebut akan ganjaran yang melampau-lampau atau tidak setaraf dengan amalan yang dibuat.
Katanya, Ibnu Hajjar al-‘Asqalani pernah mencuba membuat satu kitab di mana dia merancang mengumpulkan fadilat-fadilat Rejab, tetapi satu hadis sahih pun tidak ditemui.
“Amalan ibadat pada bulan Rejab ini bukan sahaja tentang berpuasa sunat tetapi turut melibatkan perlaksanaan puasa dan solat khusus pada 27 Rejab. Solat sunat Raghaib sebanyak 12 rakaat ini dilakukan antara waktu Maghrib hingga Isyak dengan diikuti dengan bacaan surah tertentu sebanyak 70 kali.

“Semua ulama sepakat bahawa solat Raghaib dan puasa khusus ini juga adalah satu amalan bidaah kerana Rasulullah dan para sahabat tidak pernah mengamalkannya. Saya hendak tekankan bahawa amalan yang tidak mengikut sunah dan syariat Rasulullah adalah bidaah.
“Amalan ini juga ditolak oleh Imam Ibnu Taimiyah dan Imam Nawawi. Ini kerana pada zaman mereka di mana terlalu banyak bidaah dan khurafat berlaku sehingga boleh menimbulkan mudarat,” terangnya.

Menurut Adibah, tarikh 27 Rejab yang dikatakan berlaku Israk Mikraj sebenarnya tidak ada ulama yang mengatakan itu tarikh khusus untuk peristiwa tersebut. Kita tidak tahu tentang tarikh sebenarnya kerana ia adalah rahsia Allah.
Pun begitu, sekiranya seseorang itu ingin melaksanakan amalan puasa sunat, tidak ada larangan untuk kita melakukannya. Yang pasti, puasa sunat tersebut dikira sama seperti puasa sunat pada bulan-bulan lain.

Terang Adibah, apa yang istimewa dan jelas berkaitan bulan Rejab ialah ia adalah bulan persediaan menyambut Ramadan. Di samping itu, ia bulan yang diharamkan berperang selain dari Muharam, Zulhijjah dan Zulkaedah.

Lantaran itu, pesanannya, agar umat Islam jangan percaya adanya amalan, ibadat atau pahala khusus untuk Rejab. Ini kerana kecetekan ilmu serta melakukan secara membabi-buta, bukan kebaikan yang diperoleh malah mendatangkan satu dosa kerana mempercayai serta mengejar ganjaran semata-mata berdasarkan hadis mauduk.

Katanya lagi, kekeliruan konsep ini amat merbahaya kerana sikap terlalu percaya ini, seolah-olah kita mengajak manusia percaya benda yang tidak sunah tetapi dikatakan sunah. Sekali gus mengajak orang membuat satu amalan bidaah.

“Oleh itu, dalam kita melakukan amalan, harus dipastikan amalan itu berlandaskan syariat Allah dan sunah Rasulullah,” tegasnya.

http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=0806&pub=utusan_malaysia&sec=bicara%5Fagama&pg=ba_02.htm&arc=hive

Wednesday, July 9, 2008

pejam pelik : pejam pelik

salammm.. huhu.. diam xdiam dah masok semester 3 pon.. nak online pon agak jarang kot pasni.. nak menulis blog apetah lagi.. hehe.. ermm, kpd member2 seantero mesia semoga makin sukses utk semester 3 ni k.. n welcome utk student2 baru uitm, especially bdk2 marketing..hehe salammm ~redz

Friday, July 4, 2008

semoga ibu panjang umur








tiada ape yang lebih gembira selain daripada memiliki sebuah keluarga yang bahagia.. bermula dari keluargalah segalanye bermula.. takkan putus air itu walau dicincang sekalipon, itulah erti sebuah nilai kekeluargaan.. aku adik beradik sentiasa mendoakan kebahagian kami sekeluarga.. untuk ibu, selamat hari lahir yang ke-51.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki.. n naik pangkat lagi.. hehe.. untuk pengetahuan, ibu seorang guru, GPK di srk simpang renggam (2).. hehe.. seorang ibu yang terlalu baik utk kami, dan guru yang baik utk anak2 muridnyer.. hik3.. yaaa,baik utk anak muridnye, masakan tidak, hari guru aritu bertimbun2 hadiah yang dia dapat.. penuh bonet kereta senang ckp laa.. hihi.. mebi hubungan dgn murid2 sekolah tu sememangnye akrab kot..huhu.. congrate utk ibu!! hihi.. caiyok2!!

sempena besday ibu yang ke-51 aritu, kami adik bradik n ayah pi makan2 kat kFc.. tup2 tanpa dirancang ada 2 kek tersedia utk ibu,hehe.. sebab ayu beli 1, n ayah beli 1... huahua..

salammmm... ~redz

program motivasi untuk pelajar ting.6 sMkTkB











thanz a lotz kpd ikatan mahasiswa uSm krn sudi ajak aku n da geng (ex student smktkb) utk turut serta dlm program motivasi nie.. thanz gak kat daus as ex-student smktkb (wakil dr uSm).. btway sabtu lepas we all ada wat program motivasi kat sekolah lama, aku, adam, yana, eton, ila n zila turut ke sana as fasi.. congrate utk sume yg telah menjayakan program ni.. semoga ada masa lagi program mcm ni akan diadakan lagi.. n thanz gak kat pihak sekolah coz sudi menerima kunjungan kitorang nie.. salammm.. ~redz

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!