Thursday, October 22, 2009
salam perjuangan!!!!
thanx noraini bt abu kassim!!
huhu harini tetibe dikezutkan, apabila menerima prezen dari mmber nun jawuh di seremban...
nice tie from nice mmber..
hehehe...
daaaa~
Wednesday, October 21, 2009
20.10.1987
tapi aku tertunggu2 20.10.2010, iaitu tahun depan...
cam chantek jer nombor tuu...
lalalaaaa..
so,harap semua doakan aku berjaya hendaknya..
aminnnnn
(lama sudah tidakku berblogging)
Saturday, September 19, 2009
Noordin Mohammad Top (11 Ogos 1968 – 17 September 2009)
Noordin Mat Top merupakan militan Islam yang paling dikehendaki Indonesia dan pengganas paling dikehendaki Asia. Dilahirkan di Kluang, Johor, Malaysia, dia dianggap merupakan antara pembuat bom utama dan/atau pembiaya kumpulan Jemaah Islamiyah (JI), dan dikatakan telah meninggalkan JI untuk menubuhkan kumpulan serpihan Al-Qaeda in the Malay Archipelago yang lebih ganas. Agensi A.S. FBI melaporkan bahawa Noordin adalah seorang pakar letupan, selain bertindak menjadi "pegawai, perekrut, dan pelatih untuk Jemaah Islamiah."
Noordin pernah menjadi guru dan mengajar di Sekolah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram , Johor. Bekas pensyarah dan akauntan itu mendapat perhatian antarabangsa selepas kejadian serangan bom di Bali, Indonesia pada 2002 dan serangan bom di Hotel J.W. Marriott Jakarta pada 2003 dan 2009
Noordin mempunyai hubungan rapat dengan Dr Azahari Husin yang telah dibunuh oleh polis Indonesia. Mereka yang sama-sama belajar dan bertugas di Universiti Teknologi Malaysia Johor telah melarikan diri ke Indonesia selepas polis Malaysia mengesan dan menangkap ahli JI selepas peristiwa 11 September. Ketika di Indonesia, dia menggunakan nama samaran Abdurrachman Aufi. Noodin bertindak sebagai penasihat kewangan kerana berkelulusan akauntan. Sementara Dr Azahari bertindak sebagai pembuat bom.
Noordin dilaporkan terbunuh dalam satu serbuan polis di Jawa Tengah pada 17 September 2009.
Pada 24 Jun 2003 Noordin Mohd Top menulis surat kepada isterinya Mufiatun dengan nama Abu Hah. Polis Malaysia menyiasat kesahihan surat tersebut dan cuba mengaitkannya gerakan Jemaah Islamiah. Mufiatun telah dipenjara pada Jun 2005 kerana enggan memberi maklumat tentang suaminya.
Pada Januari 2006, polis Indonesia menyatakan Noordin mengetuai pertubuhan haram Tanzim Qaedat al-Jihad atau Pertubuhan Perjuangan Jihad. Pada 29 April 2006, Noordin nyaris tertangkap apabila rumah selamatnya di Binangun, Jawa Tengah diserbu polis Indonesia. Dalam kejadian itu dua suspek pengganas Abdul Hadi dan Jabir terbunuh. Bahan letupan turut ditemui.
Pengeboman
Dalam serangan terbaru Noordin, dua buah hotel iaitu Hotel JW Marriott dan Hotel Ritz-Carlton di Jakarta telah dibom pada pagi Jumaat 16 Julai 2009. Bom yang belum meletup ada tanda NR yang dikatakan merujuk kepada Noordin - selaku pembuat dan mencantum komponen bom itu. Ketua Bahagian Antipengganas Kementerian Keselamatan Indonesia Ansyaad Mbai menyatakan bahawa terdapat bukti kukuh Noordin mendalangi serangan itu. Bom buatan sendiri itu mempunyai persamaan dengan yang pernah digunakan dalam serangan 2003, yang dikaitkan dengan Noordin.
Selain itu, Noordin turut disyaki terlibat dalam pengeboman Bali 2005 dan 2002, pengeboman kedutaan Australia di Jakarta (2004) dan pengeboman JW Marriott 2003.
Thursday, July 30, 2009
MAKLUMAN MENGENAI PEMBATALAN KULIAH DAN PERUBAHAN TARIKH CUTI PERTENGAHAN SEMESTER
PERHATIAN
PENGUMUMAN PENTING!!!
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti telah memutuskan perkara-perkara seperti berikut:
- Mulai pada 29 Julai 2009 hingga 31 Julai 2009 semua kuliah dibatalkan. Kuliah-kuliah yang dibatalkan tersebut perlu diganti semula dan pensyarah yang terlibat perlu mengatur kuliah ganti tersebut dengan pelajar.
- Cuti Pertengahan Semester yang sepatutnya bermula 15 Ogos 2009 hingga 23 Ogos 2009 telah dipinda dan
diawalkan iaitu bermula 1 Ogos 2009 hingga 9 Ogos 2009. Kuliah akan dijalankan seperti biasa mulai 10 Ogos 2009.
upsi tewas juga.. edisi H1N1
memang betol pon.. untuk pengetahuan semua, upsi secara rasmi nya terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran nya bermula hari ni, 29.8 sehingga 9.8.. lama?? yeahh memang lama ponn..
ini berikutan penularan wabak selesema babi.. so aku pon dah selamat sampai ke kluang pukul11 mlm tadi.. yeahhh, dari tanjong malim ke KL Sentral naek KTM.. dari puduraya ke Kluang naek bas.. sampai jugak!!
so sementara cuti `istimewa` ini, pandai2 la jaga diri dan kesihatan ye kawan2! jangan lupa buat assignment yang berlambak2 tu.. chow!!
.jpg)
.jpg)
