I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, February 5, 2010

saya sayang family saya!

ibu tengah memastikan semuanya cukup!
doa sebelum makan! mohon keberkatan keluarga~
jamuan ni untuk eno : tahniah dapat 6a PMR
wajah ceria ibu bilamana anak2 duduk berkumpul~
jamuan ni untuk aku jugak : sehari selepas result upsi keluar! wink~

p/s: walau cmane sekalipon idop ini. family first! ingat~
ayaq dicincang takkan putus~
kawan,cintan-cintun bley dicari ganti, family??
u all da besaq panjang. u all pikir la sendiirik~ hehe

saLammm~

Thursday, February 4, 2010

celcom! terbaek wok!


salamm... selamat petang!! haha entry kali ini memang seronok gila! sebab apa?? haaa, ini adalah kerana nombor CELCOM aku telah ter'topup sebanyak 2 kali~ hehehe..

al-kesahnya bermula sewaktu aku berada di bilik kuliah taman bernam. abis kelas perkembangan pelajar kami pon pergi makan tengahari dulu. abis makan tu pulak aku singgah la kat kedai topup sebelahnya pulak.
.


"kak, topup celcom rm10 ea"

kemudian akak tu nak bagi kad topup....
.

"masukkan terus boleh??"

(aku mahukan reload terus,xsuke kad, nanti kena gores sendiri)

aku pon tulis la nombor
(013-7142099)

"terima kasih kak"
(baki rm40 aku terima)


ondaway nak balik, atas motor bunyi 'tuttt..tutt' tanda topup da masok..


ermm, lepak punya lepak dalam bilik, dalam 30minit lepas tu bunyi lagi ada mesej masuk. rupa2nya ada lagi topup rm10 lagi yang masuk.. adoiyaiii, rezeki jangan ditolak, betul tak? haha


adakah kedai tersebut telah ter'topup'kan nombor aku 2kali?

adakah ada peminat setia blog ni yang sudi men'topup'kan aku? kah3

adakah entiti paranormal yang nak menguji keihlasan aku? kah3


semua itu menjadi tanda tanya.. kih3..


sekian,wassalam~


p/s: actually dah 2,3 kali jugak kejadian macam ni berlaku sejak2 ni, huhu..
takpe laa, maybe nombor ONG kot~ wakakaa

C408?? tanda tanya??~



salam, entry ringkas untuk malam ini tersangat la ringkas lagi meringkaskan. c408?? pernah dengar? mesti tak pernah kan.. opkos la! ape pulak kepentingan c408 ni kan! haha.. adakah ia sejenis bom atau mahluk asing??!! haaa.. yang itu yang perlu kita tahu! kah3.. (gelak guling2!)

diringkas kan cerita tengah malam buta macam ni, tatkala orang lain tengah tidur, maybe ade yang tengah seronok mimpi2, ada la segerombolan budak2 C408 ni tengah bersemangat nak siapkan assignment mereka~ (haha, sape suruh buat wat asgment last minit, wawaaa)

p/s: lenkali buat assignment awal2 kowwttt~

akhir kalam, kepada sesiapa yang terasa, harap2 memaafkan 'coretan' aku malam ni ok.. haha

peace2 kacang pis!!!

Wednesday, February 3, 2010

"i'm in PinK" kini berada di KAB!!



salamm.. terima kasih kepada saudari ain (pelajar sem2: sains pertanian) di atas kesudian mereka untuk order baju bagi pengurus KO kelas dia.. baju tersebut dah pon selamat sampai kat dia malam tadi.

yeahhh, very2 exclusive kot. limited edition untuk mereka!! so pasni kalau nampak baju yang mereka pakai tu, itulah design dari STRAWBEARU! sangat chantek!

so kepada mereka yang nak order bagi kelab atau persatuan, boleh roger2 saya ea!

mr.redz : 013-7142099

Tuesday, February 2, 2010

TEMPE ker??


salam...

ahaaaa entry kali ni memang tersangat lawak. aku nak bercerita tentang kisah tempe! ya tempe!! pernah dengar tempe? mesti la pernah kann.. haha ya, tempe memang tersangat pemes kat johor. tanpa tempe, hidup aku rase macam tak bermakna, cewahhh!! hehe..

ok2, moh nak cerita la ni. tatkala aku balik ke johor minggu lepas, aku telah menerima wasiat daripada seorang member. ops! bukan wasiat, tapi pesanan, haha.. pelik sungguh pesanan budak tu. yelaa, biasanye kalo ada kawan2 yang nak pesan2 bila aku balik johor macam kerepek ke, asam2 ke, tapi budak tu pesan tempe! kah3.. pelik kann.. kah3 (jom gelakkan budak tu!)

ok2, fine2 aku coba untuk tunaikan juga permintaan dia. maka aku pon suruh la ibu kesayangan aku masakkan tempe, ibu buat jugak sambal kicap tuuu~ hehe.. last2 sampai juga tempe tu di bumi tanjong malim, dikhaskan tempat itu ialah bumi kolej zaaba. haha~ setelah puas membuli budak tu disaat2 ketibaan tempe tersebut dengan menghantar mesej kat dia "wei,ko tunggu aku betul2 ke? aku gurau je laa, mane ade aku bawa tempe!" haha.. maka dengan ringkas dia pon reply "ok,fine!"... (padahal da ondaway ke KZ da tu..)

haha gurau2 je kott~ maka aku pon suruh la budak ni datang amek tempe tersebut. kesian budak tu, mengidam tempe rasenyer, kah3.. dia kate dah lama tak makan tempe johor. almaklom la, dia kate dulu dia pernah belajar kat johor. haha.. so dia teringin nak makan tempe made in johor. maka datang lah tempe2 tersebut melalui Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), duit tol, duit minyak bas.. maka tempe tersebut mungkin menjadi 'tempe termahal abad ini!!' kah3...

AF (bukan nama sebenar),20, terkedek2 ditemani AN (nama olok2) menuju ke arah motor aku untuk mengambil tempe tersebut. finally, terlaksana sudah tugas aku membawa tempe tersebut dari kota KLUANG sehingga ke bandaraya TANJONG MALIM, huhu...

p/s: untuk AF (bukan nama sebenar), da telan ke tempe2 tersebut?? laen kali order la yang mahal2 sket! ade ke tempe jerrrrr... ishhh3... (jeng3, jangan2, aku gurau jerr, hanya tempe yang aku termampu nak belanja) kah3.....

Sunday, January 31, 2010

CITA-CITA 2010 : VOLUME THREE : EMAS?


PUBLIC GOLD

KIJANG EMAS - MAYBANK

SALAMM... impian aku yang ketiga dan mungkin agak pelik bagi sesetengah orang especially pelajar macam kita ni. yaaa, orang tahu emas itu mahal. orang tahu harga emas takkan pernah turun, mungkin ada tapi sekejap je dan ia akan terus naikkkk... ya! terus naik! maka tiada sebarang kerugian sekiranya kita melabur untuk emas!

cepat2, jangan terlambat untuk kalian memulakannya. takde duit nak beli emas yang mahal2, so cuba2lah dengan yang ringan2 dulu, 10gram pon da cukup. beli awal tahun macam ni, awal tahun depan coba hangpa tengok harag emas tu semula, confirm naek! huhu..

berusaha menjadi insan yang?? cemerLanggg..
(renung2kan dan selamat beramaLL...)

Sebab utama pelabur melihat pelaburan emas yang mempuyai kelas yang tersendiri kerana ianya sentiasa bertahan pada harganya tidak mudah kerugian pada harganya biarpun menghadapi situasi pasaran. Melalui petikan pakar ekonomi, Stephen Harmston dari Penasihat Bannock dalam laporan Kewangan Emas Sedunia 1998 memetik.

“…Sekiranya terhadap kesan pada harga pasaran, harga pasaran emas tidak akan berubah dalam tempoh masa yang lama seperti mana yang berlaku terhadap pasaran komuniti yang sentiasa berubah-rubah dan pada dasarnya pasaran emas sudah membuktikan keberkesanan pada harga kawalan dan ianya adalah lebih selamat pada ekonomi dan mampu mengelak berlaku inflasi dan mengawal ekonomi semasa. Dalam tempoh masa yang panjang, ekuti saham mampu mengugat pertukaran pasaran saham asing sekaligus hubungan antara pasaran saham akan berubah tetapi tidak pada pelaburan emas kerana dalam tempoh bertahan itu mampu mencatatkan keuntungan yang berharga.”

6 Sebab utama mengapa perlu melabur emas.

  • Mampu mengawal inflasi.
  • Mampu mengawal pegedaran matawang dolar.
  • Selamat setiap masa dalam pasaran semasa.
  • Sebagai pasaran komoditi ianya adalah pasaran yang bagus dan baik kerana mempunyai pulangan yang tinggi.
  • Penyimpan nilai.
  • Portfolio dalam mengelak berlaku inflasi.

CITA-CITA 2010 : VOLUME TWO : ASB MAYBANK RM 10k


klik gambar utk lebih jelas

SALAM.. impian seterusnya adalah untuk memiliki bOn rm10,000. ermmm, pertimbangan ini di buat setelah berfikir semasak-masaknya termasuk daripada pihak keluarga.. umur skarang pon 22 tahun, da semakin dewasa, maka simpanan untuk masa hadapan perlu juga difikirkan dari sekarang.

lantaran itu, aku bercadang untuk membuat pinjaman rm10,000 sebagai bon yang akan dibeli di maybank. dengan kadar bayaran sebanyak rm188 sebulan dan kontrak selama 5 tahun, aku rasa masih mampu untuk melunaskannya. dividen+bonus setahun oleh PNB dalam lingkungan 8% setahun, aku rasa ia suatu pelaburan atau simpanan yang bijak bagi diri aku pada waktu ini.

maka setelah habis pembayaran selama 5 tahun tersebut, maka akan ada dalam lingkungan rm15k lebih sket kot dalam akaun tu.. takpe la sikit pon,at least ada juga simpanan aku sebelum aku habis study kat upsi ni. aminnn...

hamsTer ni kawan baru turtLe~!! name dia Hamburger!!

Tolong Arep bagi Turtle makan! Nama dia Turtok & Tertib!